Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 3 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H | 12:44
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM BAHAGIAN PEMBANGUNAN (eKasih)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN - Sistem e-KASIH
 

SOLAN LAZIM BAHAGIAN PEMBANGUNAN

PENGENALAN SISTEM e-KASIH

LATAR BELAKANG SISTEM e-KASIH

Bank Data Kemiskinan Nasional - Sistem Bersepadu Bantuan Kemiskinan
KategoriKomponenPenerangan
Bank Data KemiskinanFungsi Utama Sistem
Profail Individu - Rekod lengkap maklumat individu dan isi rumah
Permohonan Bantuan - Sistem pengurusan permohonan bantuan kemiskinan
Bantuan yang Diterima - Rekod bantuan yang telah diberikan
Pemantauan Keberkesanan - Penilaian impak bantuan terhadap penerima

PUNCA KUASA

Dasar dan Keputusan Kerajaan
Tarikh MesyuaratBadanKeputusan Penting
8 Ogos 2017Mesyuarat Jemaah Menteri
ICU JPM sebagai penyelaras utama program pembasmian kemiskinan
Bertanggungjawab melaporkan prestasi kementerian/agensi
31 Oktober 2007Mesyuarat Jemaah Menteri
Definisi kemiskinan dan PGK yang seragam
Penubuhan Bank Data Kemiskinan Nasional
Penggunaan Pemetaan Kemiskinan
1 November 2007Mesyuarat Menteri-Menteri Besar
Mengukuhkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri 31 Oktober 2007
Penyelerasan pelaksanaan di peringkat negeri

OBJEKTIF SISTEM e-KASIH

Matlamat dan Tujuan Penubuhan
No.ObjektifPenerangan
1Pangkalan Data Bersepadu
Mewujudkan satu pangkalan data bersepadu untuk semua maklumat kemiskinan
2Elak Pertindihan Bantuan
Mengelakkan pertindihan program/bantuan kemiskinan antara agensi
3Knowledge Base
Mewujudkan satu Knowledge Base mengenai program/projek kemiskinan
4Analisis dan Pemetaan
Membantu analisis maklumat dan pemetaan kemiskinan yang tepat

KOMPONEN DATA DALAM SISTEM

9 Komponen Data Utama
1. Butiran Pengenalan
Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)
2. Lokasi
Maklumat kediaman dan alamat
3. Kediaman
Status dan jenis kediaman
4. Pendidikan
Tahap pendidikan semua ahli isi rumah
5. Kemahiran & Pekerjaan
Kemahiran dan status pekerjaan
6. Pemilikan Harta
Aset dan harta yang dimiliki
7. Kesihatan
Status kesihatan dan keperluan perubatan
8. Pendapatan
Sumber dan jumlah pendapatan
9. Penerimaan Bantuan
Rekod bantuan yang pernah diterima

SYARAT PENDAFTARAN e-KASIH

Kelayakan Mendaftar sebagai Penerima
SyaratPeneranganKriteria
KewarganegaraanWarga Negara Malaysia
Pemohon mestilah warganegara Malaysia
Pemastian melalui dokumen pengenalan (MyKad)
Status Isi RumahKetua Isi Rumah Berkeluarga
Pemohon mestilah ketua isi rumah
Mempunyai tanggungan keluarga
Pendapatan KeluargaHad Pendapatan Kelayakan
Berpendapatan keseluruhan ahli isi rumah di bawah RM 1,500.00 sebulan
Pengiraan berdasarkan jumlah pendapatan semua ahli bekerja

KAWASAN BANCIAN e-KASIH

Lokasi Fokus Pelaksanaan Bancian
Kawasan Tumpuan Bancian
Luar Bandar
Kampung Tradisi
Kampung Baru
Kampung Tersusun
Flat/Pangsapuri Kos Rendah
Taman Perumahan Kos Rendah
Kawasan Luar Bancian
Perkampungan Orang Asli (di bawah pentadbiran JAKOA)
FELDA / FELCRA
Ladang (di bawah pentadbiran syarikat/organisasi)

PROSES PENDAFTARAN e-KASIH

Langkah-langkah Pendaftaran dan Semakan Status
Langkah 1: Penerimaan Borang
Pemohon mengemukakan borang permohonan yang lengkap
Langkah 2: Penyisihan Awal
Permohonan ditapis berdasarkan syarat kelayakan asas
Langkah 3: Verifikasi Lapangan
Pegawai banci membuat siasatan lapangan untuk sahkan maklumat
Langkah 4: Kemas Kini Sistem
Maklumat dikemas kini dan status ditentukan secara automatik
Tempoh Proses & Semakan Status
Tempoh proses: Maksimum 3 bulan bergantung jumlah permohonan
Semakan status: Boleh dibuat selepas sekurang-kurangnya 1 bulan selepas verifikasi

PERBEZAAN KATEGORI & PGK 2016

Pendapatan Garis Kemiskinan Negeri Selangor
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) TAHUN 2016 - NEGERI SELANGOR

Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

KategoriMISKIN TEGARMISKIN
Isi Rumah (RM)Per Kapita (RM)Isi Rumah (RM)Per Kapita (RM)
BANDAR6301531,038258
LUAR BANDAR626143951223

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah