tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pencarian mangsa hilang di Bukit Broga diteruskan

image

 

_________________________________________________________________________________________________________________________________

SHAH ALAM 28 JAN: Pencarian Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, dekat sini, Ahad lepas, diteruskan walaupun pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian ditutup.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pasukan SAR sentiasa bersiap sedia di pangkalan dan boleh digerakkan setiap masa manakala operasi SAR akan diteruskan melalui kaedah yang lain bagi mencari manga berusia 20 tahun itu.

 

“Dakwaan pasukan bantuan mencari dan menyelamat di gunung (MOSAR) yang mengatakan pasukan menyelamat akan menghentikan operasi semalam dan memberi persetujuan kepada pihak lain untuk meneruskan pencarian adalah tidak benar,” katanya lapor BERNAMA.

 

Othman berkata, pihak berkuasa tidak menghalang sekiranya terdapat pihak yang mahu meneruskan khidmat mencari mangsa secara sukarela.

 

Beliau berkata, keputusan menutup pusat kawalan dibuat selepas perbincangan dengan pasukan menyelamat terlibat berikutan operasi mencari telah dilakukan di lokasi itu secara menyeluruh.

 

Katanya, pencarian telah dijalankan secara terperinci meliputi jarak 13 kilometer ke Barat, tujuh kilometer ke Timur dan tujuh kilometer dari permulaan pendakian ke sempadan hutan Jelebu sepanjang operasi dijalankan.

 

“Semasa operasi SAR dijalankan sejak Ahad, pasukan menyelamat telah merujuk peta lokasi dan kami percaya tiada lokasi lagi yang tidak digeledah bagi mencari mangsa,” katanya.

 

Semalam, operasi SAR disambung pada pukul 8 pagi dengan kekuatan 117 anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Unit Anjing Pengesan (K9), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), MOSAR, Pejabat Daerah, dan orang asli beserta penggunaan tiga unit dron.

 

Pasukan penyelamat telah digerakkan dengan menumpukan pencarian di lokasi berisiko dan lokasi terakhir Mohd Azarul Mukriz dilihat berdasarkan maklumat lima rakannya yang turut mendaki bukit berkenaan bersamanya.Mangsa disedari hilang oleh rakan-rakannya pada 6 petang, Ahad lepas.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-02-02 09:43:11 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini816
Minggu IniMinggu Ini3902
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247448
qrcode
Visitor count : 2247449 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24