SOLAN LAZIM BAHAGIAN PEMBANGUNAN
| No. | Soalan | Jawapan & Maklumat |
|---|---|---|
| Q1 | Apakah maksud TAWAS? | TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. Manfaat TAWAS: 1. Simpanan awal RM100 dari Kerajaan Negeri 2. Pelaburan untuk masa depan anak 3. Wang dapat pada usia 18 tahun untuk tujuan pendidikan atau modal perniagaan |
| Q2 | Bagaimanakah prosedur permohonan TAWAS? | PERCUMA - Tiada bayaran pendaftaran Ibubapa atau penjaga hendaklah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Rasmi sahaja. Pendaftaran secara online boleh dibuat melalui: www.tawas.org.my Dokumen yang Perlu Disertakan: Dokumen Anak Sijil Lahir Anak / MyKid Anak Dokumen Ibubapa MyKad Ibu MyKad Bapa Dokumen Tambahan MyKad Penjaga (Jika Perlu) Surat perakuan Anak Angkat (Jika Perlu) |
| Q3 | Apakah maksud Program BluePrint? | Program untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Bantuan berupa peralatan atau mesin berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan. Tujuan Program: 1. Meningkatkan produktiviti perniagaan sedia ada 2. Membantu usahawan kecil meningkatkan pendapatan 3. Mengurangkan beban modal perniagaan |
| Q4 | Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Blueprint? | Dokumen Peribadi Salinan Kad Pengenalan pemohon Dokumen Perniagaan Gambar perusahaan / perniagaan Dokumen Kewangan Sebutharga dari pembekal peralatan/mesin |
| Q5 | Apakah syarat-syarat kelayakan asas untuk memohon Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin? | Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM 419.00 sebulan Pemohon berumur 50 tahun – 65 tahun kecuali Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak menumpang di rumah saudara mara Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru Nota Penting: OKU dikecualikan daripada had umur 50-65 tahun Pemohon mesti memiliki tanah sendiri untuk dibina rumah |
| Q6 | Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Kerajaan Prihatin? | Dokumen Peribadi Salinan Kad Pengenalan pemohon Dokumen Tanah Salinan Geran (Untuk Permohonan Bina Baru Sahaja) Dokumen Rumah Gambar Rumah Pemohon (jika ada) Surat Memberi Kuasa Menduduki (Sekiranya Ada) |
| Q7 | Apakah syarat-syarat permohonan Dana Industri Kecil Negeri Selangor (IKS)? | Berumur di antara 18 hingga 55 tahun Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja Had maksimum bantuan yang diberi tidak melebihi RM 10,000.00 setiap seorang Ciri-ciri Dana IKS: 1. Untuk usahawan kecil dan sederhana 2. Perniagaan mesti sudah beroperasi (bukan permulaan) 3. Bantuan berupa peralatan, bukan wang tunai |
| Q8 | Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Dana Industri Kecil (IKS)? | Dokumen Peribadi Salinan Kad Pengenalan pemohon Dokumen Perniagaan Gambar perusahaan / perniagaan Lakaran kasar pelan lokasi perniagaan Dokumen Kewangan Sebutharga dari pembekal peralatan |
| Q9 | Bagaimanakah prosedur bayaran hadiah Pengajian IPT dibuat? | Hanya permohonan yang menepati syarat dan didapati lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran. Bayaran hadiah berjumlah RM 1,000.00 akan dikreditkan terus ke akaun pemohon atau melalui cek atas nama pemohon. Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja. Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap beserta lampiran dokumen yang diperlukan diterima oleh pihak Urus Setia. Maklumat Hubungan & Semakan Status Portal Semakan: http://hpipt.selangor.gov.my Urus Setia Hadiah Pengajian IPT: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS 40503 SHAH ALAM Telefon: 03-55447385 / 7484 / 7543 Faks: 03-55104095 / 55135564 |









