tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sambutan CNY Petaling Jaya, himpun kesatuan bangsa

 

PETALING JAYA,12 FEB:Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina di negeri ini terus diraikan seluruh anggota masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan sentimen perkauman dan

agama.

 

Keharmonian itu membuktikan amalan toleransi masih dikekalkan masyarakat Selangor pada Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen dan DUN Petaling Jaya di Tasik Taman

Jaya, semalam.

 

Dihadiri lebih 5,000 hadirin, sambutannya tidak lari daripada adat tradisi perayaan itu yang diserikan dengan upacara menggaul ‘yee sang’ oleh Datuk Bandar Petaling Jaya,

Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain.

 

Turut meraikan upacara tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran; ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian

dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

 

Tidak ketinggalan,persembahan tarian Singa dan edaran ‘ang pau’ dan buah limau turut disampaikan kepada umum sebagai tuah tahun ayam mengikut kepercayaan anutan

masyarakat Cina.

 

Selain itu, sambutan kali ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan seni mempertahankan diri dan persembahan kesenian daripada pelajar sekolah dan badan bukan

kerajaan (NGO) setempat.

 

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, masyarakat Petaling Jaya disaran mengekalkan keharmonian itu dengan mengamalkan budaya tolak ansur dalam kehidupan seharian.

 

Pada masa sama, beliau berkata masyarakat Petaling Jaya dinasihatkan supaya mendukung usaha murni pihak majlis membangunkan Petaling Jaya sebagai bandaraya terbaik

di Malaysia.

 

“Tugas membangunkan Petaling Jaya ini tidak berhasil dan dapat dijayakan dengan baik sekiranya kesatuan kaum dan masyarakat tidak dipupuk menyokong komitmen kita ini.

 

“Diharap masyarakat Petaling Jaya terus bersatu menyokong sebarang perkembangan positif ke arah kecemerlangan Petaling Jaya,” katanya

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-02-17 09:10:42 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini469
Minggu IniMinggu Ini4458
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247907
qrcode
Visitor count : 2247908 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24