tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Soalan lazim Hasil Tanah

 

Apa Itu Cukai Tanah?

Ditafsirkan sebagai Cukai sewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai :

a)  apa - apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa.

b)  apa - apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis,hendaklah dipungut seolah - olah ianya cukai sewa atau hasil tanah;

c)  apa - apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

 

Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

" Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."

Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

 

Bila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?

Sekali setahun Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

 

Mengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

 

Implikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?

a) Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.

b) Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut,maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.


Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?

a) Bil-bil cukai akan dihantar oleh Pejabat Tanah kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. 


b) Menjadi Tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima.


c) Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian,Negeri Selangor.

 

Bilakah waktu kaunter Unit Hasil beroperasi?

Isnin - Khamis  :  8.30 pagi - 3.30 petang

Jumaat              :  8.30 pagi - 3.30 petang (rehat 11.45 pagi - 2.45 petang) 

 

Adakah saya perlu menjelaskan cukai tanah apabila bil cukai tanah masih atas nama pemaju?

Ya. Anda perlu menjelaskan cukai tanah kerana di dalam Surat Perjanjian Jual Beli telah menyatakan di dalam klausa liabiliti perlu dijelaskan oleh pemilik tanah.

 

Bagaimanakah cara mengemaskini/menukar alamat surat menyurat di dalam bil cukai tanah?

Segala urusan pertukaran alamat surat menyurat, pihak tuan/puan dipohon untuk mengisi Borang 26A (Pemberitahuan Pertukaran Alamat) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan. Penghantaran borang yang telah lengkap beserta dokumen mengikut Senarai Semak hendaklah dihantar mengikut milikan hakmilik hartanah. Bentuk hakmilik bermula dengan (HSD, PN, GERAN) perlu dihantar secara hadir sendiri, emel ke ptgs@selangor.gov.my atau diposkan ke alamat:- 

 

Bahagian Pendaftaran (Pertukaran Alamat)
Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor,
Tingkat Terbawah (LG),
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576 Shah Alam, Selangor.

 

Manakala bentuk hakmilik hartanah yang bermula dengan (HSM, PM, GM) permohonan bolehlah dihantar terus kepada Pejabat Daerah Tanah berkenaan dengan hadir terus ke kaunter Bahagian Pendaftaran Hakmilik atau berhubung dengan Pejabat Daerah/Tanah yang berkenaan..

 

* PERINGKATAN

Berkuat kuasa 1 Januari 2017, Pembayaran menggunakan CEK adalah TIDAK DITERIMA untuk semua jenis urusan di Pejabat Tanah.

 


Kemaskini pada 2018-05-18 09:28:16 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini101
Minggu IniMinggu Ini5166
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243242
qrcode
Visitor count : 2243243 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24