tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Hakmilik "Landed"


HAKMILIK "LANDED"

 

1.  Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?
     Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian
     Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari
     Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

 

2.  Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?
     24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am).

 

3.  Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?
      Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.

 

4.  Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan
     Mukim / Geran Mukim?

     HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh
     Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah
     desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah.

 

5.  Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?
     18 tahun ke atas.

 

6.  Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?
     Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat
     perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.

 

7.  Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang
     bukan Melayu?

     Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang
     bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh
     dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.

 

8.  Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut?
     Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari
     Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu,
     maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.

 

 

 


Kemaskini pada 2017-05-11 13:00:16 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini19
Minggu IniMinggu Ini4855
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248240
qrcode
Visitor count : 2248241 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24