HAKMILIK "LANDED"
1. Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?
Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian
Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari
Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
2. Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?
24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am).
3. Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?
Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.
4. Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan
Mukim / Geran Mukim?
HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh
Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah
desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah.
5. Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?
18 tahun ke atas.
6. Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?
Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat
perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.
7. Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang
bukan Melayu?
Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang
bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh
dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.
8. Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut?
Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari
Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu,
maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.
Kemaskini pada 2017-05-11 13:00:16 daripada FARAH