tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MP di KL juga dibekal kad ATM SMUE

 

image


 

SHAH ALAM, 14 MAC: Penggunaan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) turut dibekalkan kepada Ahli Parlimen (MP) PAKATAN di Kuala Lumpur

bagi memudahkan mereka membantu Kerajaan Negeri menjayakan program berkenaan.

 

 

Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan,Dato’ Teng Chang Khim berkata, kenyataan itu ekoran timbul kekeliruan

sebelum ini berkenaan perkara terbabit.

 

 

“Semasa menjawab pertanyaan media semalam, saya menyatakan bahawa kad ATM untuk program SMUE hanya dikeluarkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor.

 

 

“Bagaimanapun, setelah disemak saya diperjelaskan bahawa Ahli Parlimen PAKATAN di Kuala Lumpur juga boleh dibekalkan kad ATM bagi memudahkan mereka membantu

Kerajaan Selangormembuat bayaran kepada waris apabila ahli SMUE meninggal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 

 

Setiap ADN dan Ahli Parlimen PAKATAN di Selangor serta Kuala Lumpur dibekalkan kad ATM bagi bayaran wang ikhsan SMUE yang juga salah satu skim bantuan di bawah

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

 

image

 

 

Chang Khim berkata, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok adalah salah seorang Ahli Parlimen PAKATAN yang layak menggunakan kad ATM bagi tujuan berkenaan.

 

 

“Segala kesulitan yang timbul daripada kenyataan saya semalam adalah dikesali,” katanya.

 

 

Pertanyaan media kepada Chang Khim dipercayai merujuk kenyataan Teresa bahawa beliau diftnah Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang

mendakwanya menyalahgunakan peruntukan wang ikhsan SMUE disalurkan kepadanya.

 

 

Wakil rakyat DAP itu berkata, dakwaan Jamal seperti laporan media bahawa beliau membelanjakan peruntukan program itu sehingga RM2 juta adalah tidak benar dan dia

memiliki segala rekod serta dokumen bagi menyokongnya.

 

 

Sehubungan itu, Teresa mempertimbangkan tindakan saman terhadap Jamal.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-03-16 11:39:59 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini318
Minggu IniMinggu Ini5383
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243421
qrcode
Visitor count : 2243422 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24