tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Soalan Lazim Bahagian Pembangunan (TAWAS)

 

 

Q1     Apakah maksud TAWAS
 

    

    TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor.Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS      yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang hasil 
    daripada pelaburan dalam TAWAS.

   
Q2     Bagaimanakah prosedur permohonan TAWAS?
 

   

    Skim disediakan secara PERCUMA (tiada bayaran pendaftaran). Ibubapa atau penjaga hendaklah mendaftar melalui Borang Pendaftaran Rasmi sahaja. Pendaftaran secara     online boleh dibuat melalui www.tawas.org.my. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa / penjaga dengan menyertakan salinan 
    dokumen seperti berikut :-
                                                    

                                                        a) Sijil Lahir Anak / MyKid Anak 
 

                                                        b) MyKad Ibu 
 

                                                        c) MyKad Bapa 
 

                                                        d) MyKad Penjaga (Jika Perlu)
 

                                                        e) Surat perakuan Anak Angkat (Jika Perlu)

   
Q3     Apakah maksud Program BluePrint?
 

   

    Satu program untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Bantuan berupa peralatan atau mesin berdasarkan perusahaan /                      perniagaan  yang sedang dijalankan.

   
 Q4     Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Blueprint?
 

            

            a) Salinan Kad pengenalan 
 

            b) Gambar perusahaan / perniagaan 
 

            c) Sebutharga dari pembekal

   
 Q5     Apakah syarat-syarat kelayakan asas untuk memohon Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ?
 

 

            a) Pendapatan isi rumah pemohon dibawah 419.00 sebulan 
 

            b) Pemohon berumur 50 tahun – 65 tahun kecuali Orang Kurang Upaya (OKU)
 

            c) Tidak menumpang di rumah saudara mara 
 

            d) Mempunyai tapak untuk membina kediaman baru 

   
Q6     Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Kerajaan Prihatin?
 

 

            a) Salinan Kad Pengenalan 
 

            b) Salinan Geran (Untuk Permohonan Bina Baru Sahaja)
 

            c) Gambar Rumah Pemohon 
 

            d) Surat Memberi Kuasa Menduduki (Sekiranya Ada) 

   
Q7     Apakah syarat-syarat permohonan Dana Industri Kecil Negeri Selangor (IKS)
 

 

            a) Berumur di antara 18 hingga 55 tahun 
 

            b) Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun 
 

            c) Bantuan adalah dalam bentuk peralatan sahaja 
 

            d) Had maksimum bantuan yang diberi tidak melebihi RM10,000.00 setiap seorang 

   
 Q8     Apakah yang perlu dilampirkan di dalam borang permohonan Dana Industri Kecil (IKS)
 

    

            a) Salinan Kad pengenalan 
 

            b) Gambar perusahaan / perniagaan 
 

            c) Sebutharga dari pembekal 
 

            e) Lakaran kasar pelan lokasi perniagaan

   
Q9     Bagaimanakah prosedur bayaran hadiah Pengajian IPT dibuat?

 


    

 

            a) Hanya permohonan yang menepati syarat dan didapati lengkap sahaja yang layak dipertimbangkan untuk proses bayaran.
 

            b) Bayaran hadiah berjumlah RM1,000.00 akan dikreditkan terus ke akaun pemohon atau melalui cek atas nama pemohon.
 

            c) Setiap pemohon hanya layak dibayar sekali sepanjang pengajian, sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.
 

            d) Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap beserta lampiran dokumen yang                            diperlukan diterima oleh pihak Urus Setia.
 

 

 

            e) Untuk semakan status pembayaran, sila layari laman web Sistem Permohonan 
 

            HPIPT:http://hpipt.selangor.gov.my

            Untuk sebarang pertanyaan dan makluman lanjut sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian 
            IPT:- PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN SELANGOR
            BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
            TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS
            40503 SHAH ALAM
            TEL : 03-55447385 / 7484 / 7543
            FAX : 03-55104095 / 55135564

 

 

Kemaskini pada 2019-03-04 16:22:59 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini443
Minggu IniMinggu Ini4432
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247883
qrcode
Visitor count : 2247884 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24