tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Soalan Lazim Unit Pembangunan Tanah

Q1 Apakah permohonan yang dimaksudkan untuk tujuan Pembangunan Tanah?
  • Permohonan Penyerahan Balik dab Pemberimilikan Semula Tanah
• Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah
• Permohonan Ubah Syarat, Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah
• Permohonan Penyatuan Tanah
• Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industry
• Pemberian Milik Tanah di bawah Akta Tanah
• Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan 
semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
   
Q2 Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian?
 

Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau 
lebih bahagian seupaya tiap-tiap satunya dipegang dibawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuan-tuan punya bersama yang sama.

Pecah bahagian – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau dibawah hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap yang dipegang oleh 2 orang 
atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagiankn supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu 
dibawah satu hakmilik yang berasingan.
   
Q3  Siapakah yang boleh memohon untuk tujuan Pembangunan Tanah?
  • Tuan tanah (Pemilik Berdaftar)
• Pemegang Amanah Atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau kebenaran oleh tuan rumah
   
 Q4  Apakah kaedah yang digunakan untuk pengenaan premium?
  Pentadbir Tanah akan merujuk ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta bagi mendapatkan nilaian tanah dan pengiraan premium akan dikenakan 
berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2005 (Pindaan 2007)
   
 Q5 Adakah rayuan pengurangan premium masih dibenarkan?
  Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010 hanya individu (untuk tujuan bangunan kediamam) berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 ke bawah, bilangan tanggungan 
yang ramai, terdapat bangunan kediaman di atas tapak dan tinggal di atas tapak yang akan dipertimbangkan.
   
Q6 Adakah premium boleh dibayar secara ansuran?
 

Tidak boleh. Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010, tempoh bayaran hanya dibenarkan bagi tempoh 3 bukan dan lanjutan 
selama sebulan dan dikenakan caj 3%.Pengecualian hanya diberi kepada pemohon yang diluluskan dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.

   
Q7 Apakah jenis pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang?
  Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan atau penyatuan tanah adalah 
memerlukan Kebenaran Merancang untuk memudahkan urusan permohonan.
   
 Q8  Bolehkah permohonan_permohonan ini dibuat tanpa Kebenaran Merancang?
   Boleh. Walau bagaimanapun adalah digalakkan untuk permohon mengemukakan kelulusan Kebenaran Merancang bagi memudahkan urusan.
   
Q9 Berapakah kos yang diperlukan?
  i) Pendaftaran permohonan pecah bahagian RM 100.00 setiap hakmilik
ii) Carian rasmi RM 50.00 bagi 1 hakmilik
iii)Kos tidak termasuk urusan penyediaan pelan
iv) Borang dan sebarang pertanyaan boleh diperolehi di kaunter Unit Tanah
   
Q10 Bagaimanakah cara untuk memohon lanjut tempoh pajakan tanah dan apakah borang-borang yang diperlukan?
  i) Isi borang Jadual 1
ii) Isi borang Jadual 12A (sekiranya masih ada tempoh pajakan)
Borang-borang ini boleh didapati dari Unit Pembangunan Dan Perlupusan Tanah, di Pejabat 
Daerah / Tanah Petaling
   
 Q11 Bagaimana hendak memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL)?
  i) Mesti tahu lokasi (pelan lokasi boleh didapati dari Bahagian Pelan, Pejabat Daerah / Tanah 
Petaling)
ii) Selepas itu dapatkan borang permohonan dan diisi dengan lengkap dan serah di Bahagian 
Tanah, Pejabat Daerah / Petaling untuk bayaran pendaftaran permohonan
   
 Q12 Apakah itu Lessen Pendudukan Sementara (LPS)?
  LPS ialah satu bentuk pelupusan tanah yang bersifat sementara oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ianya merupakan salah satu cara dimana 
Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1)(C) KTN.
   
 Q13 Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
 

i) RM20.00 - Bayaran untuk Pelan < 10 ekar

ii) RM50.00 - Bayaran untuk Pelan > 10 ekar

iii)RM50.00 - Bayaran permohonan LPS
   
 Q14 Kuasa meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
  Semua permohonan LPS dikemukakan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
   
 Q15 Bagaimanakah cara memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
  i) Pemohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon membeli pelan untuk 
kawasan yang dipohon
ii) Pemohon perlu, mengisi borang Lesen Pendudukan Sementara di Pejabat Daerah / Tanah
iii) Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan semula ke Pejabat Tanah Daerah berserta 
dokumen berikut :-
- 1 salinan kad pengenalan pemohon
- 2 salinan pelan lokasi kedudukan tanah
- 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara (jika ada)
   
 Q16 Berapakah bayaran yang harus dikenakan sekiranya pemohon Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?
  Ianya bergantung kepada keluasan tanah yang diluluskan.
   
 Q17 Berapa lama tempoh sah Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?
  3 tahun dan setiap tahun perlu membaharui lesen serta membayar bayaran tahunan.
   
 Q18 Bagaimana untuk membaharui Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?
  Hadir ke Pejabat Tanah Daerah dengan membawa lesen asal dan mengisi borang untuk membaharui lesen.
   
 Q19 Apakah maksud pelupusan secara pemberimilikan Tanah Kerajaan?
  Pemberimilikan tanah kerajaan ialah melupuskan tanah kerajaan kepada individu, agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan perbadanan yang layak 
memiliki tanah untuk selama-lamanya atau untuk tempoh beberapa tahun bagi keguanaan bangunan, perusahaan dan pertalian mengikut 
Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
   
Q20 Bagaimana cara memohon?
  i) Pemohon perlu membeli pelan daripada Unit Pelan Pejabat Daerah Petaling
ii) Pemohon perlu mengisi borang Jadual 1 dan melampirkan dokumen-dokumen seperti kad 
pengenalan dan pelan lokasi / kedudukan tanah.
iii) Pemohon juga perlu mengisi borang akujanji iaitu borang yang menyatakan bahawa pemohon 
tidak pernah mempunyai sebarang tanah.
   
Q21 Bayaran premium?
  i) Bayaran premium adalah bayaran yang dikenakan kepada pemohon sekiranya permohonan 
pemberimilikan diluluskan.
ii) Ianya adalah berdasarkan kepada penilaian tanah yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian Dan 
Perkhidmatan Harta (JPPH). Ianya berbeza mengikut kaedah-kaedah Tanah Negeri masing-
masing.
 
 

Kemaskini pada 2017-03-27 14:48:58 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini221
Minggu IniMinggu Ini4344
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242519
qrcode
Visitor count : 2242520 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24