tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Stadium Mini Paya Jaras dijangka mula diguna Ogos ini

 

SHAH ALAM, 4 APRIL: Stadium Mini Paya Jaras bernilai RM7.2 juta dijangka siap dan boleh diguna sepenuhnya pada Ogos ini.

 

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata ia merupakan projek menaik taraf padang sedia ada di situ yang kurang selesa.


Katanya, kerja naik taraf setakat ini mencapai 46 peratus dan mengikut jadual.

 

“Pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), struktur ‘grand stand’ dan lampu limpah sudah tegak.

 

“Kita cuma menantikan urusan menyiapkan padang permainan selesai sebelum dibuka untuk kegunaan awam,” katanya kepada SelangorKini.

 

Antara lain, stadium berkenaan menyediakan ‘grand stand’ dengan kapasiti 400 tempat duduk.

 

Khairuddin berkata, kewujudan stadium mini di DUN Paya Jaras sangat dinantikan penduduk sekitar terutama dalam kalangan belia.

 

“Diharapkan selepas ini, anak muda kita khususnya belia Paya Jaras mampu mempamerkan kebolehan sebenar permainan bola sepak.

 

“Kalau sebelum ini, keadaan padang yang kurang baik banyak menjejaskan mutu permainan belia,” katanya.

 


Kemaskini pada 2017-04-05 09:32:51 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini433
Minggu IniMinggu Ini4422
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247874
qrcode
Visitor count : 2247875 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24