tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tawar alternatif baru, Selangor sedia bantu Sekolah Rohingya

 

SHAH ALAM, 2 APR: Kerajaan Negeri bersedia membantu masyarakat Rohingya dengan menyediakan inisiatif terbaik kepada etnik itu membabitkan isu pembangunan

sekolah Rohingya yang dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri, sebelum ini.

 

Exco Pendidikan,Pembangunan Modal Insan, Sains,Teknologi dan Inovasi,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaaan Negeri juga mengambil pendekatan berkebajikan

dengan menangguhkan proses perobohan premis berkenaan ketika ini.


 
“Kerajaan Negeri telah menangguhkan tindakan (perobohan) ke tarikh baru.

 

“Untuk tempoh ini kita sedang mencari premis alternatif kepada mereka,” katanya kepada SelangorKini menerusi aplikasi Whatsapp.

 

Pagi ini, Pengurusan Sekolah Rohingya Knowledge Garden Learning Centre menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Serantau Muslim tampil memohon maklumbalas

daripada Kerajaan Negeri untuk mempertimbang semula cadangan perobohonan premis berkenaan.

 

Difahamkan, premis berkenaan menempatkan kanak-kanak Rohingya berumur tujuh hingga 12 tahun bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan setempat.

 

Bagaimanapun, Pentadbir Tanah Petaling mengesahkan premis berkenaan dibangunkan secara tidak sah di atas tanah bekas lombong milik Kerajaan Negeri.

 

Susulan itu, notis peringatan akhir di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 diberikan kepada pengurusan sekolah agar premis dikosongkan serta-merta.

 

Dilaporkan, notis berkenaan turut memaparkan beberapa kesalahan termasuklah pelanggaran pembinaan struktur bangunan tanpa kebenaran Pentadbir Tanah atau Pihak

Berkuasa Negeri.

 

Sementara itu, hasil tinjauan SelangorKini di tapak premis mendapati, sekolah berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan sekitar tiga ekar bersebelahan sebuah premis

institut latihan memandu.

 

Namun, wujud beberapa persoalan khususnya membabitkan isu keselamatan pembangunan premis yang dipercayai tidak mematuhi piawaian (SOP) ditetapkan.

 

 


Kemaskini pada 2017-04-05 09:38:27 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini771
Minggu IniMinggu Ini4341
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231363
qrcode
Visitor count : 2231364 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24