tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Selangor mahu takwim hijri diperluas dalam urusan pentadbiran

image


 

SHAH ALAM , 7 MEI : Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif supaya penggunaan kalendar tarikh hijri diperluaskan penggunaannya di dalam semua urusan pentadbirannya.

 

Exco Hal Ehwal Agama Islam,Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi,Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata,beliau berharap supaya tarikh hijri dinyatakan di dalam

semua urusan surat menyurat, minit mesyuarat, kalendar terbitan jabatan, banner dan bunting program jabatan dan lain-lain.


“Kini sudah sampai masanya penggunaan takwim hijri ini diperkasakan dan diperluaskan penggunaannya di dalam urusan pentadbiran.

 

“Ia sebagainya sebagai usaha mendidik masyarakat Islam mencintai keunggulan agama Islam selain dapat menarik minat masyarakat awam untuk memahami ketinggian ilmu Islam

itu sendiri,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2017 di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Jelutong di sini, semalam.

 

image

 

Jelasnya, senario pada hari ini menyaksikan ramai yang tidak mengambil berat ,malah tidak mengetahui hari dan bulan Islam kerana mewarisi penggunaan kalendar Masihi yang

menjadi amalan penggunaan tarikh global.

 

Bagaimanapun katanya, penggunaan tarikh masihi bukanlah satu kesalahan berikutan kalendar masihi digunakan secara global oleh masyarakat dunia.

 

“Namun, kepekaan terhadap tarikh hijri dan penggunaannya perlu diperkasakan.

 

“Kita bersyukur kerana setidak-tidaknya negara kita mementingkan penggunaan tahun hijrah dari sudut cuti umum seperti 1 Muharam,12 Rabiul Awal,awal Ramadan dan Hari Raya

 Aidilfitri di mana dapat membantu masyarakat awam untuk turut peka terhadap penggunaan takwim hijri ini,” katanya lagi.

 

 Terdahulu, Ahmad Yunus telah merasmikan seminar yang melibatkan lebih 100 perserta termasuk peserta luar Selangor.

 

 Seminar itu melibatkan beberapa ahli akademi yang pakar dalam bidang falak.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-05-09 10:14:28 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini737
Minggu IniMinggu Ini4307
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231336
qrcode
Visitor count : 2231337 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24