tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

RM4.1 bilion, pembangunan Lebuhraya DASH

image


 

  SHAH ALAM ,6  MEI  : Perbelanjaan RM4.1 bilion bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) disifatkan terlalu besar bagi jajaran sepanjang 21

  Kilometer, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

 

  Berpandukan hasil pengiraannya,beliau menjangkakan RM190 juta dibelanjakan bagi setiap kilometer laluan yang menghubungkan jajaran Puncak Perdana dan Penchala

  itu.
 
“ Pembinaan lebuh raya ini memberikan kesan yang sangat baik seperti yang telah diperjelaskan kepada umum sebelum ini.

 

“ Cuma belanja kos itu agak tinggi. Dalam kiraan saya sendiri dengan jumlah RM4 bilion untuk jarak 21 KM, ia menjadikan hampir RM190 juta setiap kilometer.

 

“ Mungkin kos itu ada penjelasan yang kita sendiri tidak tahu,”katanya kepada pemberita pada pertemuan sesi taklimat bersama penduduk Villa Suria dan Projek Lintasan Kota 

 Holdings Sdn Bhd (Prolintas) di Cahaya SPK Clubhouse malam tadi.

 

 DASH merupakan lebuhraya bertingkat enam lorong dengan 12 persimpangan yang merentasi deretan rumah dan kedai di kawasan kejiranan, menghubungkan pengguna

 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint.

 

image

 

 Pembinaannya dilaksanakan sebagai laluan alternatif kepada pengguna mengelakkan kesesakan selain menjadi penghubung utama memasuki laluan ke utara dan selatan

 tanah air.

 

 Ia dijangka siap sepenuhnya dan akan mula dibuka kepada pengguna Ogos 2020 depan.

 

 Bagaimanapun wujud kebimbangan penduduk sekitar Shah Alam,Damansara dan Petaling Jaya sekiranya projek berkenaan bakal memberikan kesan jangka panjang kepada

 mereka.

 

 Namun, Kerajaan Negeri sebelum ini memberi jaminan pandangan penduduk diambil kira termasuk mengubah reka bentuk jajaran demi kesejahteraan penduduk.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-05-09 10:45:48 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini485
Minggu IniMinggu Ini4055
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231109
qrcode
Visitor count : 2231110 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24