tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Karya anak seni dari luar negara ditambah

 

image

 


 

SHAH ALAM , 18 MEI   : Galeri Shah Alam ( GSA ) akan menganjurkan lebih banyak pameran lukisan dan karya seni melalui hasil  program kembara  seni ke luar negara buat

tatapan aktivis dan peminat seni, di Selangor.

 

Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor,  Prof Dato’ Zahabuddin Raja Yaacob berkata ia ekoran kejayaan penganjuran pameran Lakar Sa Pa di galeri itu , mulai 27 April

hingga 14 Julai ini yang menghimpunkan sembilan pelukis terkenal, di Malaysia.


 
Katanya,sembilan pelukis dipilih menyertai Kembara Seni Antara Bangsa Hanoi dan Sa Pa, 14 hingga 19 September tahun lalu dan setiap daripada mereka perlu  menghasilkan

karya bagi tujuan pameran berkenaan.

 

“Ia pertama kali diadakan,kita bawa pelukis ke luar negara bagi menghasilkan karya mereka dan bakal diteruskan selepas ini dengan mencari tempat menarik di negara lain pula.

 

“Perkara ini juga mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Pengerusi GSA yang meminta ia diteruskan bagi menaikkan

 taraf  seni di Selangor,” katanya selepas majlis perasmian pameran Lakar Sa Pa di sini, semalam.

 

Pameran itu dirasmikan budayawan, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassinn yang menyifatkan pameran  akan memberi peluang kepada aktivis dan peminat seni berkongsi idea

selain menarik minat pelancong ke Selangor.

 

“Kerajaan Negeri dan GSA akan sentiasa memberi peluang kepada pihak berkaitan bagi mengadakan pameran dan aktiviti seperti ini bagi meningkatkan lagi taraf serta hasil karya

seni di Selangor juga negara,” katanya.

 

Lakar Sa Pa adalah pameran yang menghimpunkan lukisan dan karya seni sembilan pelukis dari pelbagai genre hasil pengalaman mereka meneroka daerah pergunungan tinggi di

utara Vietnam iaitu Sa Pa.

 

Mereka adalah Zaim Durulaman,Azman Md NorAbdullah Jones, Rohaizad Shaari, Abd Rasid Yusof, Zaharin Mohammad, Abdullah Hamdan, Khairuklsani Ismail dan Raja Zahabuddin

sendiri.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-05-22 11:07:49 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini77
Minggu IniMinggu Ini2215
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245972
qrcode
Visitor count : 2245973 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24