tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sultan rasmi Masjid Hospital Sungai Buloh

 

image


 

  SUNGAI BULOH, 7 JUN  :DYMM Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Masjid Hospital Sungai Buloh,sempena Majlis Berbuka Puasa

  Bersama Rakyat, di sini, semalam.

 

  Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 6.00 petang diiringi Dato ’Menteri Besar,Dato ’Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri,Amirudin Shari,Dato ’Dr Ahmad Yunus

  Hairi dan Dr  Daroyah Alwi.


  Dalam perkembangan itu,baginda turut berkenan mencemar duli menyampaikan bantuan sumbangan kepada 280 asnaf fakir miskin dan 156 orang asnaf mualaf di daerah itu.

 

  Antara kenamaan turut hadir pada majlis perasmian itu,  Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor  (MAIS),  Dato ’ Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengarah JabatanAgama Islam Selangor

  (JAIS),  Dato’ Haris Kasim dan Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dato’ Dr Khalid Ibrahim.

 

  Sementara itu , Dr Khalid dalam ucapan rafak sembah menghargai kepedulian baginda atas kesudian DYMM mencemar duli merasmikan masjid berkenaan.

 

  Patik dengan penuh hormat dan takzimnya, merafak sembah menjunjung setinggi kasih atas perkenanan Tuanku mencemar duli berangkat hadir merasmikan masjid di hari yang

  penuh bersejarah ini.

 

  “ Keprihatinan Tuanku ke majlis ini menunjukkan keprihatinan Tuanku untuk bersama-sama berbuka puasa dan mengimarahkan masjid sebagaimana dituntut Islam ,” katanya.

 

     Sebelumnya,pembinaan masjid berkenaan pada 10 Febuari 2012 merupakan sebahagian daripada fasa pembinaan Kuarters Integrasi di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan

     Malaysia Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

 

     Menelan belanja RM3.15 juta,masjid berkeluasan 2,137.57 meter persegi berkonsepkan Tradisional Melayu yang mampu memuatkan 1,800 jemaah pada satu-satu masa.

 

     Masjid ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik imam,bilik pengurusan jenazah,tempat wuduk,menara azan,ruang letak kenderaan,ruang kuliah dan ruang

     majlis.

 

      Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2017-06-08 09:52:56 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini13
Minggu IniMinggu Ini4849
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248236
qrcode
Visitor count : 2248237 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24