tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

 "TERBAIK DARI KAMI" 

SKIM KESIHATAN WANITA

    Menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas yang layak.

 

    Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara.  Ramai golongan wanita yang bekerja dan

    berusaha untuk menyara keluarga.

 

    Atas kepentingan  itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan  utama  adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga

    dan dalam keadaan optimum.

 

    Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah 1 Juta Wanita Selangor Sihat dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun

    ke atas.

    

    Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor ( MammoSel ) telah dilancarkan oleh Y.B.  Rodziah Ismail Pengerusi  Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri

    Selangor,  pada 6 Nov 2010, diDaerah HuluLangat  sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor  adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan

    pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

 

    Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program

    ini amat memberangsangkan.

    

    Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser,beliau dinasihatkan untuk mendapatkan

    rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti

     pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi”, jelas Y.B. Rodziah Ismail.

     

    Untuk mendaftar sila ke Pusat Khidmat DUN yang berhampiran.

    

    Sebarang maklumat boleh layari: 
    MammoSEL


    Sumber: http://mes.selangor.gov.my


Kemaskini pada 2017-06-13 11:27:56 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page