Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 27 Januari 2026 | 08 Sya’ban 1447H | 10:02
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

Latarbelakang Petaling

 

image

Sejarah Ringkas Daerah Petaling

Daerah Petaling terletak di tengah-tengah Lembah Klang dan bersempadan dengan Daerah Hulu Selangor di bahagian utara, Daerah Klang di bahagian barat, Daerah Gombak di bahagian timur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bahagian tenggara serta Daerah Sepang dan Daerah Hulu Langat di bahagian selatan.

Daerah Petaling merupakan antara daerah termaju di Negeri Selangor dan ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya.

Daerah Petaling meliputi keluasan 484.32 km². Petaling Jaya sebagai bandar utama mempunyai keluasan 97.2 km² dan merupakan bandar terbesar di Negeri Selangor. Mengikut bancian tahun 2005, daerah ini mempunyai penduduk seramai 1,418,700 orang dengan kepadatan 2,929.3 orang/km².

Nama “Petaling” dikatakan berasal daripada kewujudan banyak pokok petaling pada masa dahulu. Namun, pokok ini kini telah pupus dan sukar ditemui.

Pada peringkat awal, penempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka awal melihat potensi kawasan ini walaupun ia ketika itu merupakan hutan belantara. Lokasi perlombongan bijih timah dikenali sebagai Petaling Tin yang merangkumi kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong.

Kegiatan perlombongan menarik kehadiran para pedagang yang membekalkan keperluan harian kepada pelombong. Mereka mula membuka kedai di Kuala Sungai Klang dan Sungai Gombak. Perkembangan sektor perlombongan ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pesat Daerah Petaling.

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur dipisahkan daripada Negeri Selangor dan diwartakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikutan penyusunan semula kawasan, Daerah Petaling meliputi:

  • Sebahagian Mukim Bukit Raja (daripada Daerah Klang)
  • Sebahagian Mukim Damansara (daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Kini, Daerah Petaling berkembang pesat dan pengurusan pentadbiran awamnya dipecahkan kepada tiga Pihak Berkuasa Tempatan:

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah