tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Le Tour De Selangor jelajah 600km seluruh daerah

image


 

  SHAH ALAM, 8 OKT: Kejohanan Le Tour De Selangor akan melalui 600 kilometer jarak laluan perlumbaan melibatkan semua daerah di Selangor.

 

  Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, penganjuran julung kalinya itu akan melibatkan

   penyertaan lebih 100 pelumba tempatan dan luar negara.
 

  “Kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Sedunia dan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan.

 

  “Ia akan mengetengahkan konsep promosi dan media yang akan menjadi platform sukan pelancongan dan promosi produk pelancongan tempatan,” katanya.

 

  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Le Tour De Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pagi ini.

 

  Hadir sama, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) Mohd Zubir Idrus.

 

  Amirudin berkata, Kerajaan Negeri kini sedang mengkaji keperluan menjadikan penganjuran program itu sebagai program tahunan.

 

  Beliau berkata, ia termasuklah perbincangan bersama agensi tertentu bagi melaksanakan perancangan itu.

 

  “Di pihak Kerajaan Negeri, kami berharap kejohanan ini akan dijadikan sebagai temasya berkala dalam usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan sukan berbasikal

   sebagai amalan gaya hidup sihat masyarakat,” katanya.

 

  Sementara itu, penganjuran kejohanan akan bermula 16 hingga 21 Oktober depan.

 

  Terdahulu, menerusi pembentangan Belanjawan Negeri untuk tempoh 2017 lalu, RM2 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi penganjuran program itu.

 

  Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-10-24 08:22:27 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini412
Minggu IniMinggu Ini4401
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247854
qrcode
Visitor count : 2247855 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24