tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

KPKT digesa awasi SPAH elak pembiakan Aedes

image


 

Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melihat semula seterusnya mengawasi penyelenggaraan Sistem Penuaian

Air Hujan(SPAH) yang diperkenalkan di negara ini.

 

Pelaksanaan SPAH ini diperkenalkan KPKT bertujuan membantu memelihara sumber air dan penjimatan tenaga elektrik di loji-loji rawatan air serta penggunaan air

hujan boleh mengurangkan bayaran bil-bil air sama ada kegunaan domestik, komersial mahupun industri.

 

Pelaksanaan Dasar Teknologi Hijau dalam penggunaan air terawat SPAH yang tidak diselenggara dengan baik hari ini telah memberi risiko kepada penduduk sekitar

apabila ia positif menjadi tempat berlakunya pembiakan nyamuk Aedes.


 
Pembiakan larva nyamuk telah ditemui di kawasan perumahan yang menggunakan SPAH terutamanya di kawasan lokaliti wabak kes denggi semasa aktiviti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP)
yang dijalankan.

 

Hasil lawatan tapak yang dilakukan Jawatankuasa Mesyuarat Tindakan Denggi Daerah Klang pada 5 September 2017 lalu telah berjaya menemui enam tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam SPAH setiap perumahan.

 

Didapati pemaju yang melaksanakan SPAH ini tidak mematuhi garis panduan atau dasar pelaksanaan SPAH menyebabkan masalah lain timbul terutama menjadi takungan air yg boleh menyebabkan pembiakan aedes.

image

 

Tanpa penyelenggaraan berkala dan berterusan, banyak SPAH yang tidak mampu berfungsi dengan baik dan lari dari garis panduan yang ditetapkan sehingga ia kini menjadi tempat positif lokasi pembiakan Aedes dan ia terlalu hampir dengan kehidupan sekeluarga.

 

Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan SPAH ini, walaubagaimanapun kawalan dan penguatkuasaan di peringkat pelaksanaan perlulah dititik beratkan agar tidak mendatangkan mudarat.

 

Satu perkara yang baik akan menjadi risiko kembali kepada kita jika ia tidak diuruskan dengan betul dan perkara ini perlu diambil serius kerana ia melibatkan nyawa.

 

Untuk rekod, jumlah kes daftar denggi Negeri Selangor mencatatkan penurunan kes yang signifikan mulai minggu epid ke-28 sehingga sekarang dimana kes daftar terendah untuk sepanjang tahun 2017 adalah 527 kes sahaja iaitu pada minggu epid ke-38 (yang berakhir pada 23hb September).

 

Manakala pada minggu epid terkini iaitu minggu epid ke-39 Selangor telah berjaya mencatatkan jumlah hotspot yang terendah untuk sepanjang tahun 2017 iaitu hanya 31 lokaliti hotspot sahaja.

 

YB PUAN DR DAROYAH BINTI ALWI
Exco Kesihatan Negeri Selangor
6 Oktober 2017


Kemaskini pada 2017-10-10 11:45:01 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini846
Minggu IniMinggu Ini4969
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243081
qrcode
Visitor count : 2243082 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24