tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Isu kuarters: PHSSB tawar kediaman PPR Seksyen 8 Kota Damansara

 

SHAH ALAM, 4 OKT: Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) bersetuju menawarkan unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua keluarga berhubung isu kuarters di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, di Subang.

 

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu diputuskan segera selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Pengurus Besar

PHSSB,Nazmi Osman, hari ini.

 

“Kerajaan Negeri mengambil maklum tindakan penguatkuasaan Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap tiga rumah dan dua kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.
 
“Saya juga meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera,” katanya dalam
kenyataan.

 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut bersetuju membiayai kos sewa unit kediaman terbabit bagi tempoh enam bulan sebelum ia ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.

 

Mohamed Azmin berkata, usaha itu selaras dasar Kerajaan Negeri yang peduli dan tuntas membela kebajikan rakyat.

 

“Kerajaan Negeri berharap kedua keluarga terbabit mendapat kediaman selesa dan kondusif untuk kehidupan lebih sempurna,” katanya.

 

 https://selangorkini.my/

 


Kemaskini pada 2017-10-10 11:43:06 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini800
Minggu IniMinggu Ini4370
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231390
qrcode
Visitor count : 2231391 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24