tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Komited memberdaya STEM realisasi Smart Selangor

image


 

SHAH ALAM , 5 NOV : Kerajaan Negeri komited memberdaya pendidikan Sains,Teknologi, Engineering – kejuruteraan dan Matematik

menerusiinisiatif STEM Selangor.

 

Exco Pendidikan,Pembangunan Modal Insan,Sains Teknologi dan Inovasi,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,ia bertujuan menyokong usaha

membangunkan Smart Selangor sebagai ‘regional smart state’.

 

Katanya, antara program di bawah STEM Selangor adalah Pertandingan Robotik, STEM Kickstart, Sains Magika dan Selangor Maker’s Fair.

 

“Misalnya, untuk Pertandingan Robotik yang mula kelolaan Creative Minds, kita sudah menarik penyertaan ribuan pelajar sejak 2015.

 

“Untuk tahun ini,sejak Jun hingga awal November, sebanyak 80 sekolah terlibat dengan penyertaan 2,400 murid daripada seluruh

Selangor,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup STEM Selangor 2017, di Shah Alam Convention Centre, di sini,

hari ini.

 

STEM adalah singkatan kepada pengajaran interdisiplin bersepadu dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

 

Ia melibatkan pendekatan interdisiplin keempat bidang berkenaan dengan menerapkan konsep akademik menyeluruh dan digabungkan

dengan aktiviti pembelajaran dan kemahiran komunikasi.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-11-09 14:58:38 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini407
Minggu IniMinggu Ini4396
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247849
qrcode
Visitor count : 2247850 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24