tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Lebih 100 berminat sertai Selangor Brain Bank

image


 

SHAH ALAM, 6 NOV:Sebanyak 105 permohonan diterima bagi menyertai program Khas Selangor Brain Bank yang menawarkan biasiswa

pengajian peringkat Doktor Falsafah.

 

Exco Pendidikan,Pembangunan Modal Insan,Sains Teknologi dan Inovasi,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,11 calon kini dipertimbang

Lembaga Tabung  Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang strategik dan

kritikal di universiti terkemuka luar negara.

 

Katanya, permohonan terbuka pada 15 November 2016 sehingga 31 Januari lalu dan 1 April hingga 15 Jun lalu.

 

“Kerajaan Negeri melalui TKWBNS menawarkan tiga program biasiswa untuk anak Selangor di peringkat siswazah dan pascasiswazah.

 

“Selain Selangor Brain Bank, kita juga tawarkan Biasiswa Selangorku dan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor,” katanya.

 

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang,Datuk Abdul Shukur Idrus berhubung jumlah

penerima biasiswatajaan Kerajaan Negeri.

 

Nik Nazmi yang juga ADN Seri Setia berkata,seramai 286 pelajar Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

menerima Biasiswa Selangorku, sejak diperkenal pada 2016, dengan peruntukan RM5 juta.

 

“Buat masa ini, belum ada penerima Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar memandangkan urusan permohonan bagi pengambilan pertama

masih dalam proses,” katanya.

 

Pada Mei 2017, Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar diumumkan dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 11 Oktober 2017.

 

Ia merupakan satu daripada dua bentuk bantuan pendidikan di bawah Program Khas Peduli Siswa Timur Tengah dan ditawarkan kepada

20 pelajar Ijazah Sarjana Muda di Timur Tengah.

 

Bagi pelaksanaan 2017,  tawaran adalah terbuka kepada pelajar tahun 1 dan 2 dalam bidang Pengajian Islam di Mesir dan permohonan

pertama dijangka dibuka bermula November 2017.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-11-09 14:48:00 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini151
Minggu IniMinggu Ini3237
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246852
qrcode
Visitor count : 2246853 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24