tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sultan Sharafuddin rasmi pemuliharaan Kota Darul Ehsan

 

image


PETALING JAYA,20 NOV:Mercu tanda yang merupakan simbol kedaulatan Selangor iaitu Kota Darul Ehsan menempa satu lagi sejarah apabila Duli Yang Maha

Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pemuliharaan Kota Darul Ehsan.

 

Perasmian pemuliharaan Kota Darul Ehsan itu dimulakan dengan keberangkatan baginda menaiki bas tidak berbumbung ‘KL Hop-On Hop-Off’ dari Stadium Shah

Alam ke Hotel Hilton Petaling Jaya menerusi Lebuhraya Persekutuan untuk melalui Kota Darul Ehsan dengan diiringi Dato’Menteri Besar,Dato’Seri Mohamed Azmin Ali.

 

image


 
Baginda dan rombongan kemudiannya berangkat tiba di Holten Hilton Petaling Jaya kira-kira jam 9.00 malam bagi mengikuti acara seterusnya.

 

Kota Darul Ehsan dibina berdasarkan cetusan fikiran DYMM Sultan Selangor pada masa itu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai monumen

penanda dan peringatan sejarah dan sempadan wilayah dan negeri ini apabila Kuala Lumpur dilepaskan untuk dijadikan Wilayah Persekutuan.

 

Setelah perancangan rekabentuk senibina dan pelaksanaan projek yang teliti dijalankan,akhirnya pada 3 Januari 1982 sebuah binaan gerbang penuh berseni

dirasmikan dan diberi nama Kota Darul Ehsan.

 

Rekabentuk asal Kota Darul Ehsan menerapkan beberapa unsur bentuk ikonik yang baginda berkenan daripada bangunan warisan di Kuala Lumpur seperti ‘kiosk’

berhias dibumbung Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dan kubah yang terdapat di atas bahagian depan Bangunan Sultan Abdul Samad,

 

Bagaimanapun disebabkan keadaan bangunan yang sentiasa terdedah dengan cuaca,gegaran dan asap jutaan kenderaan melaluinya sejak 1982 sedikit sebanyak

memberi kesan kerosakan dan lusuh pada binaan berusia lebih tiga dekad ini.

 

Maka pada Mac 2015, usaha memajukan projek pembaharuan Kota Darul Ehsan dijalankan di bawah perkenan Sultan Sharafuddin.

 

Kerja pemuliharaan ini turut memberi kesempatan untuk memperindahkan lagi gerbang ini dengan memperkenalkan beberapa unsur hiasan lebih indah dan

bermakna.

 

Antara penambahan dijalankan adalah Jata Selangor lebih besar dan jelas dan pemasangan tiang bendera simbolik di atas pemegang bermotif bunga tanjung

yang menjadi lambang Kerajaan Selangor.

 

Pelestarian seni tempatan diterapkan termasuklah kerawang dinding dengan corak halus ukiran Melayu, selain unsur bentuk kekuda serta unjuran atau kanopi

di kedua-dua sisi binaan, deretan ukiran ‘muqarnas’ yakni elemen yang tidak asing dalam dunia senibina Islam.

 

Kesemua ini menimbulkan kesan seni tiga dimensi yang lebih menarik.

 

Selain itu,meriam asli yang menghala ke luar Selangor dikekalkan sebagai tanda pertahanan dan meriam yang asalnya menghala ke arah dalam negeri digantikan

dengan arca pasu berhias sebagai simbol kedamaian.

 

Bahan binaan bagi kerja pemuliharaan ini adalah bahan kuat tetapi ringan supaya tidak menambahkan lagi berat struktur di atas Lebuhraya Persekutuan.

 

Keindahan Kota Darul Ehsan diserikan lagi dengan suntikan elemen pencahayaan menggunakan teknologi lampu terkini bagi menyerlahkan lagi wajah baru Kota

Darul Ehsan

 

Sumber : https://selangorkini.my

 


Kemaskini pada 2017-11-21 16:21:21 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini735
Minggu IniMinggu Ini4724
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248145
qrcode
Visitor count : 2248146 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24