tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Peluang dapatkan kucing angkat

image


 

SHAH ALAM, 10 DIS: Pencinta kucing terutama penduduk Shah Alam berpeluang mendapatkan kucing angkat sempena kempen Shah Alam Cat Adoption anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 

Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaraan, Norisham Mohamad berkata, kempen itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai menghantar

kucing ke saluran yang betul.

 

Katanya, inisiatif ini sekaligus dapat mengurangkan aduan haiwan kacau ganggu seperti kucing, terutama di kawasan bandar raya Shah Alam.

 

“Sepanjang kempen ini, orang ramai boleh menghantar kucing secara percuma kepada kami dan boleh mengambil kucing angkat, juga secara percuma tanpa

sebarang bayaran.

 

“Selepas kempen tamat, sesiapa yang menghantar kucing akan dikenakan bayaran RM20 sementara pengambilan kucing angkat masih lagi percuma,” katanya

kepada Selangor Kini.

 

Terdahulu, lebih 15 kucing dibawa sebagai tawaran kucing angkat di program bulanan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan, di sini, hari ini.

 

Norisham berkata, mereka yang berminat turut menerima baucar bagi mendapatkan tujuan memvaksin dan pengasian kucing dalam tempoh tiga bulan.

 

“Sebelum ini lagi kita galakkan pengambilan kucing daripada Pusat Tahanan Haiwan Sementara MBSA di Seksyen 17.

 

“Namun, cuma kali ini kita sertakan pakej tawaran vaksin dan pengasian ini kepada mereka yang berminat mengambil kucing angkat,” katanya.

 

Mula dilancar pada awal bulan ini, kempen berkenaan dijangka tamat pada Mei tahun hadapan.

 

Sehingga kini, pusat berkenaan mempunyai lebih 100 haiwan kacau ganggu meliputi pelbagai baka kucing dan anjing.


Kemaskini pada 2017-12-27 11:55:28 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini682
Minggu IniMinggu Ini4805
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242936
qrcode
Visitor count : 2242937 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24