tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Hari Tanpa Kenderaan MBSA terap tema seni tradisional

image


 

SHAH ALAM, 8 DIS: Orang ramai dijemput hadir menyertai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Citra Seni Pagi, pada 10 Disember ini.

 

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program hujung minggu itu bakal diserikan dengan pelbagai pertunjukan seni tradisional.


 
Katanya, ia termasuk Tarian Songket, Tarian Rakyat, Tarian Wau Bulan, Tarian Buluh, Zapin Johor, Kompang Formasi, Yoyo Cina, Gamelan dan Kraf (Orang Asal Jo’oh).

 

“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan untuk memeriahkan program ini antaranya pelepasan peserta bagi aktiviti riadah, acara berbasikal, berjalan kaki, persembahan kombo MBSA, buskers,PSYCUSIX, aktiviti senamrobik, pameran kesihatan dan kempen denggi,” katanya.

 

Program yang diadakan pada setiap minggu kedua setiap bulan itu dijadual bermula seawal jam 7 pagi, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

 

Shahrin berkata, MBSA turut menyediakan permainan kanak-kanak chu-chu train secara percuma, kereta berlampu, skuter elektrik, belon sabun, minuman 100 plus secara percuma, lorong seni dan wall climbing (HIKERS).

image

 

Katanya, turut diadakan, pertunjukan jalan (street show), Fruit Eating Challenge, pertandingan chest, pertandingan gusti lengan, promosi Herba Life, promosi Kidzania dan potong rambut secara percuma.

 

“Warga Shah Alam juga berpeluang membeli baja kompos, jualan makanan di Food Truck, melihat pameran Inisiatif Rendah Karbon, ‘photo booth’, booth Orang Kelainan Upaya (OKU), petting zoo, dan aktiviti ‘doodles’ atau ‘painting’.

 

“Kaunter Bergerak Shah Alam On Wheels turut beroperasi bagi memudahkan orang awam membuat semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-12-13 15:44:09 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini712
Minggu IniMinggu Ini4282
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231312
qrcode
Visitor count : 2231313 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24