tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sultan Selangor sempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

image


 

SHAH ALAM, 7 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Menyembahkan Air Doa Selamat

sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-72, pada 11 Disember ini.

 

Baginda menyempurnakan istiadat berkenaan di Balai Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, di sini, diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir

Shah.


 
Istiadat itu turut disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Exco Kerajaan Negeri, anggota kerabat Diraja Selangor dan dif kehormat.

 

Air Doa Selamat itu dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh adinda baginda, Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah.

 

Sultan Selangor turut berkenan menyempurnakan penganugerahan watikah pelantikan penghulu adat istiadat diraja Selangor kepada Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail Engku

Mahajarallela Setia.

 

Pelantikan itu berkuatkuasa, pada 1 Disember 2017.

 

Ia dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-undang perkara 40 Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959.

 

Semalam, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Klang dan menyertai majlis tahlil di makam itu.

image

image

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-12-13 15:52:41 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini719
Minggu IniMinggu Ini4289
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231319
qrcode
Visitor count : 2231320 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24