tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Galeria SBB pelengkap fasa 1 Selangor Bio Bay

image


 

SHAH ALAM, 17 JAN :  Galeria projek pembangunan  Selangor Bio Bay (SBB)   bakal dibuka kepada pengunjung, pada Januari ini bertujuan memperkenalkan projek berkenaan kepada umum. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Sdn Bhd(CSSB), Dato’ Mahmud Abbas berkata,pembukaannya siginifikan meliputi fasa pembangunan pertama SBB sejak September, tahun lalu.


“SBB kini dalam proses pembangunan fasa 1  meliputi kerja promosi kepada projek berkenaan terus dilaksanakan  secara kondusif oleh  CSSB.

 

“Justeru, sebagai langkah pengenalan kepada projek ini, kami akan membangunkan sebuah galeri yang akan dibuka kepada umum, menjelang akhir bulan ini.

 

“Kami sudah memulakan projek pembangunan galeri ini tahun lalu dan pelbagai bentuk info serta pengisian lain akan dipaparkan digaleri berkenaan,” katanya.

 

Beliau  berkata demikian kepada SelangorKini ketika ditemui pada  Program Berbasikal  Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018,di pejabatnya, pada Sabtu.

 

Selain itu,SBB turut merangkumi projek infrastuktur jalan membabitkan pengasingan kenderaan berat dan ringan bermula di Lebuhraya Shah Alam menuju ke Wesport.

 

Secara keseluruhan, SBB akan dibangunkan di Pulau Indah dengan keluasan 1,070 ekar.

 

Ia adalah kesinambungan kepada pelan perancangan strategik sektor perindustrian seperti di Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Raja menerusi CSSB.

 

Terdahulu,Kerajaan Negeri giat melaksanakan pembangunan fasa 1 SBB di atas tanah berkeluasan 300 ekar dengan pelbagai kemudahan infrastruktur.

 

Pembinaannya merangkumi tiga presint dalam tempoh 20 tahun secara berperingkat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM 5.5 bilion.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-01-25 12:47:46 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini343
Minggu IniMinggu Ini4466
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242627
qrcode
Visitor count : 2242628 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24