tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Jom meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 24 Feb ini

image


 

SHAH ALAM,14 FEB:Seramai 11,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena  perayaan Tahun Baru Cina peringkat Selangor yang akan diadakan pada 24 Februari  (Sabtu), bertempat di Dataran Petaling Jaya.

 

Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan,Dato’Teng Chang Khim berkata, program itu akan bermula dari jam 7 hingga 10.30 malam.


“Orang ramai  dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini yang padat dengan pelbagai pengisian seperti penyampaian sumbangan ‘ang pow’ kepada kanak kanak berumur bawah 12 tahun, persembahan kebudayaan, jamuan makan dan sebagainya.

 

“Majlis akan  dihadiri Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang dijadualkan keberangkatan pada  jam 8 malam.

 

“Selain itu, turut hadir adalah Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini, hari ini.

 

Chang Khim berkata, pihaknya bersama Invest Selangor Berhad sekali lagi menjadi penganjur program berkenaan yang menjadi antara acara terbesar diadakan di Selangor pada tahun ini.

 

Katanya, bagi kemudahan orang awam ke majlis, perkhidmatan bas percuma iaitu PJ City Bus turut disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan stesen terpilih ke lokasi majlis.

 

“Di samping itu, sebanyak 5,725 tapak parkir kereta disediakan sekitar  Petaling Jaya seperti di Seksyen 52,Amcorp Mall, Menara PKNS,LRT Asia Jaya dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 

“Majlis ini mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),  Tourism Selangor Sdn Bhd, Hijrah Selangor serta agensi-agensi terlibat,”  katanya.

 

Sebarang  maklumat  lanjut mengenai sambutan itu boleh menghubungi  sekretariat Azrul Shah Mohamad, Haslinda  atau  Maryani di talian 03 - 55102005 atau emel kepada

azrul@investselangor.my, haslinda@@investselangor.my dan maryani@investselangor.my.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-02-15 11:33:03 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini749
Minggu IniMinggu Ini4087
Bulan LepasBulan Lepas22288
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2466115
qrcode
Visitor count : 2466116 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 25