tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Kampung Melayu Sungai Buloh diisytihar Hab Floris Selangor


image


 

SUNGAI BULOH, 10 FEB: Kampung Melayu, Sungai Buloh diisytiharkan sebagai Hab Floris Selangor ekoran perkembangan pesat perusahaan terbabit, di kawasan terbabit.

 

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, data Agrisgeoportal Jabatan Pertanian Selangor menunjukkan nilai pengeluaran hasil florikultur di Sungai Buloh bagi tahun 2017 mencecah RM4.86 juta daripada nilai hasil seluruh Selangor berjumlah RM13 juta.


 “Mengikut data ini, Jabatan Pertanian Selangor mempunyai kawasan industri florikultur seluas 69 hektar dengan pembabitan 79 usahawan.

 

“Di bawah kawasan khidmat pengembangan pertanian Daerah Gombak/Petaling, keluasan kawasan industri florikultur ini adalah seluas 57.61 hektar dengan 47 usahawan dalam industri ini.

 

“Bagi Hab Bunga Florikultur Sungai Buloh khususnya, keluasan kawasan industri florikultur adalah seluas 25.15 hektar dengan pembabitan 32 usahawan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Flori Selangor 2018 di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, hari ini.

 

Zaidy berkata, 40 peratus usahawan florikultur yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Selangor berada di kawasan Hab Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh.

 

Katanya, industri itu dijangka terus berkembang apabila tanaman bunga-bungaan semakin mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat pengguna khususnya penggemar bunga-bungaan untuk dijadikan hadiah atau perhiasan di laman kediaman, taman awam, bangunan pejabat dan lokasi lain.

 

“Malah, bunga-bungaan turut dijadikan simbol istiadat keagamaan serta sebagai produk herba, produk kecantikan dan terapi kesihatan kepada manusia,”katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-02-15 12:46:04 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini521
Minggu IniMinggu Ini5586
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243588
qrcode
Visitor count : 2243589 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24