tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tourism Selangor sasar 10,000 peserta sertai MWM tahun hadapan

image


 

SHAH ALAM, 4 MAC : Tourism Selangor mensasarkan 10,000 peserta bakal menyertai acara Malaysia Women Marathon (MWM) yang dilaksanakan pada tahun akan datang.

 

Pengarah Urusan Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, besar harapan beliau supaya Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan lebih lagi bagi mencapai

objektif tersebut.


“Jika dilihat acara MWM ini mendapat sambutan yang amat membanggakan dengan penyertaan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

 

“Pada tahun pertama ia dilaksanakan kita menerima penyertaan daripada 1,000 peserta sedangkan edisi ke enam kali ini ia sudah meningkat kepada lebih 6,000,” katanya.

 

Noorul Ashikin berkata, ia tidak mustahil untuk Tourism Selangor mensasarkan penyertaan hingga ke 10,000 peserta memandangkan MWM sudah mendapat perhatian hingga keserata dunia.

 

“MWM memainkan peranan penting bagi menarik pelancong domestik dan asing untuk datang ke Selangor malah hari ini sahaja penglibatan peserta dari 18 negara amat membanggakan kita,” katanya.

 

Terdahulu, acara larian MWM 2018 siri keenam terus dilaksanakan selaras dengan sambutan Hari wanita Sedunia yang jatuh pada tanggal 8 Mac setiap tahun.

 

MWM 2018 menawarkan hadiah keseluruhan RM43,000 membabitkan empat kategori, iaitu ‘Full Marathon’ dengan jarak 42 kilometer (km), ‘Half Marathon’ (21km), 10km dan 5km ‘fun run’.

 

Acara pelepasan peserta dilakukan secara berperingkat bermula jam 4 pagi hingga 7.15 pagi bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, hari ini.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-03-09 16:32:40 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini250
Minggu IniMinggu Ini5315
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243364
qrcode
Visitor count : 2243365 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24