tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

SELANGOR PUNYAI TUJUH LOKASI AIR TERJUN MENARIK

 

image


 

SHAH ALAM, 19 JULAI: Selangor mempunyai tujuh lokasi air terjun menarik di negeri ini, iaitu Air Terjun Kanching, Air Terjun Sungai Chiling, Air Terjun Serendah, Air Terjun Sungai Sendat, Air Terjun Kemensah, Air Terjun Sungai Gabai dan Air Terjun Sungai Tekala.

 

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, di sebalik arus kemodenan pembangunan negeri, Selangor sangat bertuah kerana terdapat pelbagai

khazanah alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong.


image

 


“Selangor kaya dengan lokasi tarikan pelancong khasnya bagi mereka yang menyukai alam semula jadi seperti air terjun dan hutan lipur. Disebabkan itu, semua air terjun ini perlu dipelihara dan diurus sebaik mungkin bagi memaksimumkan faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar.

 

“Pengunjung akan berasa puas setelah menikmati keindahan alam sambil mendengar bunyi unggas rimba di lokasi air terjun ini,” katanya dalam kenyataan.

 

Noorul berkata, Air Terjun Kanching terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Rawang, Selangor.

 

Katanya, melalui laluan pintas “Rawang bypass” berhampiran air terjun, pengunjung dapat menikmati keindahan alam seperti Pokok Giam Kanching yang merupakan sejenis pokok ‘endemic’, hanya tumbuh di kawasan itu sahaja.

 

Sementara itu, pengunjung Air Terjun Sungai Chiling pula berpeluang merasai pengalaman menyeberang sungai pada kedalaman paras peha hingga pinggang dengan aliran air agak deras.

 

“Bagi Air Terjun Serendah, anda berpeluang mengenali perkampungan orang asli moden, sekali gus dapat melihat rutin dan kehidupan penduduk asal di sini. Air Terjun Sungai Sendat menjadi pilihan warga kota yang ingin lari daripada kesibukan kota raya untuk mencari ketenangan.

 

“Paling menarik ialah air terjun 12 tingkat di Sungai Gabai mempunyai pemandangan cukup cantik, terutama bagi mereka yang sukakan aktiviti fotografi dan videografi,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-07-24 15:29:52 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini817
Minggu IniMinggu Ini2955
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246631
qrcode
Visitor count : 2246632 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24