tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

KARNIVAL MATTA SELANGOR 2018 SASAR 60,000 PENGUNJUNG

image


 

SHAH ALAM, 23 JUL: MATTA Fair – Selangor Carnival 2018 (MFSC 2018) yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Julai ini dijangka menarik kehadiran kira-kira 60,000

pengunjung.

 

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang itu berkonsepkan karnival dengan penyertaan kira-kira 150 gerai.


 
“Selangor yang menjadi pusat tarikan ekonomi dan perindustrian, kita juga ada aset pelancongan sangat baik seperti Sky Mirror sekelas seperti di Bolivia, kelip-kelip yang hanya
boleh didapati di hutan Amazon yang memerlukan pendakian berminggu-minggu di samping banyak lagi tarikan seperti Batu Caves dan juga kawasan lain.

 

“Diharap penganjuran MATTA Fair Selangor ini meningkatkan lagi pelancongan di Selangor sebagai pintu masuk utama ke Malaysia di mana ini merupakan satu kelebihan yang turut memberi pulangan baik kepada masyarakat dan operator,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas diberikan taklimat berhubung penganjuran itu oleh pihak MATTA Selangor dan Tourism Selangor.

 

Amirudin berkata, turut diadakan pada karnival itu nanti, penampilan Miss Universe Japan, persembahan Ella dan Aiman Tino.

 

Ketika menyentuh isu kekurangan hotel di Utara Selangor, Amirudin memberitahu perbincangan sedang dijalankan dengan pihak PKNS untuk menambah bilik hotel milik PKNS di kawasan terbabit.

 

“Saya sedang bincang dengan pihak PKNS sebab kita ada hotel di Kuala Selangor yang dibina oleh PKNS tetapi masih banyak ruang, mungkin kita boleh fikirkan untuk

menambah bilik bagi menampung kehendak pemasaran,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-07-24 16:28:22 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini42
Minggu IniMinggu Ini3128
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246772
qrcode
Visitor count : 2246773 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24