tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Selangor destinasi pelancongan pilihan keluarga

 

image


 

SHAH ALAM, 2 OGOS: Selangor adalah destinasi pelancongan pilihan keluarga paling popular di Malaysia, kata Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd

Din.

 

Katanya, tidak dinafikan negeri itu mempunyai pelbagai tarikan sehingga ada yang menyifatkan melancong ke Selangor ibarat melancong ke seluruh negara.

 
Antara destinasi pilihan keluarga ialah Sunway Lagoon, Wet World, Bangi Wonderland, Kidzania Kuala Lumpur, Jumpstreet Asia dan District 21.

 

“Sebut sahaja Sunway Lagoon, semua sudah kenal. Di sana mereka mempunyai pelbagai tarikan menarik, termasuk laluan ‘flying fox’ terpanjang di Asia, malah ia juga

tempat paling sesuai untuk bersantai dengan golongan tua dan muda.

 

“Sementara itu, jika orang ramai berkunjung ke Wet World yang terletak di pinggir Tasik Shah Alam, ia adalah lokasi paling sesuai kerana berdekatan dengan Bukit

Cherakah.

 

“Di samping itu, pengunjung juga dapat melihat flora dan fauna di Taman Botani Shah Alam,” katanya kepada SelangorKini.

 

Noorul Ashikin berkata, District 21 menjadi pilihan buat ahli keluarga yang menggemari sukan lasak.

 

Pada masa sama, katanya, kempen Discover Selangor, #TakeMeAnywhere pada tahun ini juga memberi penekanan kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk

melawati tempat menarik, di Selangor.

 

“Aktiviti lasak biasanya dikaitkan dengan kawasan hutan, namun sekarang tidak perlu ke hutan lagi kerana taman tema pengembaraan, District 21 dibuka di IOI City Mall

Putrajaya.

 

“Dapat disimpulkan, Selangor bukan sahaja mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa tetapi pada masa sama, memiliki pelbagai tempat indah serta

menarik untuk aktiviti keluarga,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-08-09 11:00:57 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini306
Minggu IniMinggu Ini5371
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243412
qrcode
Visitor count : 2243413 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24