tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Harga tunda, kompaun kenderaaan naik bermula Januari 2019

 

image


 

SUBANG, 26 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan harga kompaun dan tunda bagi kenderaan yang diletakkan sesuka hati, di kawasan pentadbirannya,

bermula Januari 2019.

 

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan Said berkata, harga tunda dinaikkan sehingga RM200, sementara kompaun sebanyak RM50.
 
 

Walaubagaimanapun, katanya, kos itu masih rendah berbanding caj yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

 

“Kos sebenar bagi kerja penundaan kereta sebenarnya menelan belanja sehingga RM300, namun MPSJ
 

masih lagi antara PBT yang mengenakan harga paling rendah bagi kedua kesalahan berkenaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Penuh MPSJ, baru-baru ini.

 

Pada masa sama, Noraini turut mengumumkan pihaknya akan merampas barang jika ada pemilik rumah berstrata tidak membayar yuran penyelenggaran sehingga mencecah

RM2,000.

 

Katanya, ia mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) mengikut Seskyen 35 dan Seksyen 79.

 

“Sehingga kini, MPSJ sudah mengeluarkan waran (Borang A) di Flat Cempaka, di Taman Puchong Prima, pada 13 Oktober lalu memandangkan lapan unit rumah di situ

mempunyai bil penyelenggaraan tertunggak bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000.

 

“Adalah tidak adil kerana ada pemilik rumah yang membayar bil penyelenggaraan, namun kemudahan dinikmati semua termasuk mereka yang tidak membuat bayaran,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-11-05 11:13:53 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini800
Minggu IniMinggu Ini2938
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246619
qrcode
Visitor count : 2246620 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24