tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tarikan terbaru di Taman Tasik Shah Alam gamit pengunjung

image


 

SHAH ALAM, 27 OKT: Jambatan kanopi dan titi gantung, itu antara tarikan terbaru yang terdapat di Taman Tasik Shah Alam.

 

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, selain itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyediakan menara tinjau dan trek basikal kanak-

kanak khas buat pengunjung.

 

image

 

Katanya, jambatan kanopi yang dibina sepanjang 147.6 meter itu mempunyai ketinggian tiga meter dari permukaan tanah.

 

“Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan lebih indah di sekitar Tasik Shah Alam ini, mereka boleh menggunakan menara tinjau yang dibina dengan ketinggian enam meter.

 

“Projek pengindahan ini bertujuan untuk memberi daya tarikan baru kepada pengunjung kerana Taman Tasik Shah Alam menjadi tumpuan utama bagi aktiviti riadah, tidak

dinafikan keindahan landskap di sini turut menggamit masyarakat sekitar Lembah Klang khususnya Shah Alam,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian empat jenis tarikan terbaru Taman Tasik Shah Alam, di sini, pagi tadi.

 

Ahmad Zaharin berkata, menariknya kali ini, MBSA turut menyediakan kemudahan buat kanak-kanak termasuk trek basikal sejauh 129 meter.

 

“Turut dibina ialah jambatan khas kanak-kanak bagi membolehkan mereka merasai pengalaman berada di atas jambatan dengan paras selamat.

 

“Wujudnya kemudahan baru ini, MBSA mengharapkan kerjasama pengunjung supaya dapat bersama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan, ia supaya dapat

digunakan dengan lebih selamat dan selesa,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-11-05 11:20:51 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini716
Minggu IniMinggu Ini4286
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231316
qrcode
Visitor count : 2231317 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24