tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Khairuddin sasar ekspedisi belia Paya Jaras tawan Kinabalu awal 2019

image



SUNGAI BULOH, 29 OKT: Persiapan membawa belia Paya Jaras menawan puncak Gunung Kinabalu giat dijalankan bagi memastikan ekspedisi itu berjalan lancar.

 

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, program ini bermatlamat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aktiviti sihat dan mencabar perlu

disertai semua lapisan umur dan tidak terhad kepada golongan remaja sahaja.


 
“Program ini merupakan kerjasama anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Negeri Paya Jaras dan kumpulan ‘Forty Seven Sport Extreme’ akan diadakan sekitar Mac atau April 2019

nanti.

 

“Forty Seven Extreme Sport Extreme merupakan kumpulan di bawah Pertubuhan Komuniti 47000 Sungai Buloh di mana satu pertubuhan berdaftar,” katanya ketika ditemui

SelangorKini pada Program Jom Shoping Deepavali di kawasan letak kenderaan Econsave di sini, baru-baru ini.

 

Mohd Khairuddin berkata, anggota ekspedisi itu akan dipilih berdasarkan penglibatan individu terbabit dalam aktiviti lasak yang dijalankan Pejabat ADN dan Forty Seven Sport

Extreme.

 

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Komuniti 47000 Sungai Buloh, Asyikin Abd Latip berkata, Forty Seven Sport Extreme giat melakukan persiapan dengan menganjurkan

beberapa aktiviti lasak bagi membina semangat, keyakinan dan kekuatan fizikal yang diperlukan.

 

“Kita akan jalankan ekspedisi kategori pendakian ‘ringan’ seperti ke Gunung Angsi setinggi 825 meter dari aras laut pada 12 November dan dan Gunung Datok setinggi 884 meter

pada 26 November ini sebagai pemanas badan.

 

“Ekspedisi ini mengambil masa dua jam untuk tiba ke kemuncak di mana aktiviti ini permulaan yang baik membina kekuatan kaki bagi mereka yang baru sebelum pendakian lebih

serius dan mencabar seperti Gunung Kinabalu,” katanya.

 

Asyikin berkata, selain ekpedisi ke Gunung Angsi dan Gunung Datok, pihaknya turut menjalankan aktiviti latihan seperti menaiki tangga di Batu Caves dan senaman larian

seberapa kerap yang boleh.

 

Terdahahulu pada program Jom Shopping Deepavali, lebih 500 peserta Skim Mesra Usia Emas di Paya Jaras di bawa membeli belah di Pasar Raya Econsave.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2018-11-05 11:46:49 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini195
Minggu IniMinggu Ini2333
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246072
qrcode
Visitor count : 2246073 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24