SOALAN LAZIM UNIT PINDAHMILIK, GADAIAN & LELONGAN AWAM.
BIL |
SOALAN |
JAWAPAN |
1 |
Dimanakah Borang Permohonan Kebenaran pindahmilik dan/atau Gadaian boleh diperolehi? |
Borang Permohonan Kebenaran Pindahmilik/ Gadaian boleh diperolehi di Kaunter Unit Pindahmilik, Gadaian & Lelongan Awam atau muat turun Borang Permohonan tersebut di laman web www.selangor.gov.my/petaling.
|
2 |
Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian dibawah bidang kuasa pentadbir tanah?
|
14 hari bekerja (Tidak termasuk Cuti Umum & Cuti Am) |
3 |
Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian dibawah bidang kuasa Menteri Besar?
|
1 – 3 bulan (semakan permohonan boleh dibuat setiap 2 minggu melalui panggilan telefon @ email) |
4 |
Berapa lama tempoh sah laku Carian Rasmi? |
1 bulan dari tarikh Carian Rasmi di keluarkan. (Berkuatkuasa untuk Hakmilik Landed dan Hakmilik Strata)
|
5 |
Perlukah permohonan kebenaran pindahmilik dibuat sekiranya perintah mahkamah telah dikeluarkan? |
Tidak. Jika perintah mahkamah yang dikeluarkan ada menyatakan nama penerima/ pembeli beserta nombor kad pengenalan.
Ya. Jika perintah mahkamah yang dikeluarkan tidak dinyatakan nama penerima/pembeli.
|
6 |
Bagaimana seseorang individu atau syarikat ingin membuat permohonan pindahmilik atas dasar kasih sayang?
|
Pemohon mesti membawa geran atau salinan geran ke Pejabat Daerah / Tanah Petaling dan berhubung terus di Kaunter Unit Pindahmilik, Gadaian & Lelongan Awam bagi mendapatkan borang permohonan dan tunjuk ajar daripada kakitangan yang bertugas di Kaunter.
|
7 |
Berapa lama tempoh sah laku surat kebenaran Pindahmilik dan/atau Gadaian?
|
3 Tahun dari tarikh kelulusan.
|
8 |
Perlukah setiap permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian diisi secara online (e-consent) atau manual?
|
Ya. Semua permohonan perlu diisi secara online (e-consent) bagi Hakmilik Landed.
Tidak, bagi permohonan Hakmilik Strata.
|
Kemaskini pada 2019-02-26 12:02:05 daripada PPTM_ICT