tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Sedia kerjasama berdaya wanita Selangor

 

image


 

CYBERJAYA, 24 FEB: Pertubuhan Wanita Elit (WE) bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Selangor untuk membantu memberdayakan golongan wanita, di negeri itu.

 

Pengerusinya, Datin Seri Nurzarina Sepran berkata, hal itu kerana WE adalah landasan untuk memacu wanita dari pelbagai peringkat dan bidang bagi menaik taraf kehidupan,

menjana ekonomi serta melahirkan wanita berpengetahuan dalam teknologi.

 

“Usaha kami tidak akan terhenti untuk menyediakan ruang dan melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing. Di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari,

kaum wanita diberi keutamaan melalui Kasih Ibu Smart Selangor dan bantuan perniagaan Hijrah Selangor.

 

“Justeru, kami bersedia bersama-sama kerajaan untuk membabitkan diri dalam program yang dijalankan supaya usaha memartabatkan kaum wanita ini membawa kejayaan ke

peringkat lebih tinggi,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Majlis Ulangtahun kedua WE, di Dewan Banquet Astana, di sini.

 

Pada masa sama, Nurzarina berkata, pihaknya sedang berusaha mencari pusat sehenti di Lembah Klang bagi menyediakan latihan dan kemahiran untuk membantu

usahawanita terbabit dalam aktiviti sosio ekonomi.

 

“Bagi memenuhi impian ini, pastinya bukan tugasan mudah, namun ia juga bukan mustahil untuk dilaksanakan.

 

“Sehubungan itu, kami berharap semua pihak dapat memberikan sokongan dan berjaya menjadi satu ‘referal’ untuk membolehkan wanita mendapat sokongan, bimbingan dan

tunjuk ajar,” katanya.

 

WE ditubuhkan dua tahun lalu yang akronim kepada pemerkasaan wanita dari sudut ekonomi, legasi, inovasi dan teknologi.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2019-02-26 13:30:16 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini32
Minggu IniMinggu Ini4155
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242388
qrcode
Visitor count : 2242389 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24