tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Bantuan Khas ANIS boleh dimohon mulai April

image


 

SHAH ALAM, 22 MAC: Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) boleh dimohon mulai bulan depan, kata EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemberdayaan Wanita dan

Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

 

Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa atau Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh membuat permohonan bantuan khas itu menerusi Pusat Khidmat

Masyarakat (PKM) berdekatan, mulai April ini.


 
Katanya, ANIS bertujuan meringankan bebanan ditanggung ibu bapa yang mempunyai anak OKU berusia 18 tahun ke bawah dan lahir di Selangor.

 

“Bantuan Khas ANIS ini adalah bantuan yang diberi secara ‘one-off’ bertujuan meringankan tanggungan kos ibu bapa yang mempunyai anak OKU.

 

“Malah, saya optimis Tabung Khas ANIS ini sebagai langkah terakhir untuk ibu bapa memohon sekiranya mereka tidak mendapat bantuan daripada JKM (Jabatan

Kebajikan Masyarakat); LZS (Lembaga Zakat Selangor) dan sebagainya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia

Sultan Selangor pada Persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

 

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Serdang berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk bantuan itu.

 

Manakala, katanya, maksima sejumlah RM5,000 akan diperolehi untuk ibu bapa yang memohon dan menepati syarat ditetapkan Kerajaan Negeri.

 

Sementara itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk mendaftarkan anak mereka di bawah JKM kerana pelbagai manfaat akan diterima.

 

“Saya dimaklumkan kira-kira 80,000 anak OKU sahaja yang berdaftar dengan JKM.

 

“Oleh itu, saya berharap ibu bapa mempunyai kesedaran mendaftarkan anak mereka di bawah JKM supaya tidak akan ada lagi bantuan yang mereka terlepas,” katanya.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2019-03-25 10:18:57 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini366
Minggu IniMinggu Ini5431
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243466
qrcode
Visitor count : 2243467 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24