SOALAN LAZIM - UNIT PENDAFTARAN PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT
SOALAN 1 | : Apakah yang ditakrifkan sebagai urusniaga ? |
JAWAPAN |
: Apa-apa transaksi mengenai tanah berimilik yang dikuatkuasakan di bawah kuasa-kuasa yang di beri oleh penggal IV dan apa-apa |
SOALAN 2 |
: Apakah jenis instrument urusniaga yang boleh didaftarkan? |
JAWAPAN |
: i) Pindahmilik Tanah ( Borang 14 A ) ii) Pajakan atau Pajakan Kecil (Borang 15 A ) iii) Gadaian ( Borang 16A ) iv) Melepaskan Gadaian ( Borang 16N ) v) Sijil Perakuan Jual ( Borang 16 I ) vi) Instrumen Pelepasan Esmen |
SOALAN 3 |
: Siapakah yang boleh melaksanakan urusniaga ? |
JAWAPAN |
: i) Pemilik berdaftar mengenai suatu tanah berimilik. ii) Pemegang surat kuasa wakil mana-mana pemilik tanah (Akta Surat Kuasa Wakil 1949 ) iii) Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh mahkamah (Seksyen 210 KTN) |
SOALAN 4 | : Kepada siapa urusniaga boleh dilaksanakan ? |
JAWAPAN |
: Kepada orang atau badan yang boleh diberimilik, orang atau badan kepadanya tanah kerajaan boleh diberimilik dijelaskan dalam i) Manusia selain remaja. ii) Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan tubuhnya, boleh memegang tanah. iii) Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan iv) Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain. |
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pendaftaran di talian 03-31822420/2403
Kemaskini pada 2014-08-27 12:15:09 daripada Administrator