Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Soalan Lazim Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

Q1 Apakah kesalahan dan tindakan yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang mengusahakan tanah secara haram?
  Tindakan di bawah Sek. 425 KTN, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10 000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali
manakala tanaman, binaan dan alatan di atas tanah itu juga boleh dimusnahkan dan dirampas.

   
Q2 Siapa yang boleh menangkap tanpa waran di dalam operasi di bawah Seksyen 425/426 Kanun Tanah Negara?
  Menurut Seksyen 426A Kanun Tanah Negara, Inspektor Polis ke atas, Pentadbir Tanah dan Penolong pentadbir Tanah, Pendaftar Hakmilik dan
Timbalan Pendaftar Hakmilik, Pegawai Penempatan/Penolong Pegawai Tanah serta lain-lain pegawai yang diwibawakan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

   
Q3  Apakah yang boleh dilakukan ke atas tanah pertanian?

 

  Pertama kena ikut syarat nyata pada geran itu, jika tanah itu diluluskan bagi maksud kelapa sawit maka hanya tanaman kelapa sawit sahaja yang boleh diusahakan
di atas tanah itu termasuk mengusahakan aktiviti memproses kelapa sawit berkenaan (Sek. 115(4)(c).
Di atas tanah pertanian hanya dibenarkan sebuah rumah kediaman sahaja dibina bagi setiap pemilik tanah.
   
 Q4  Bolehkah saya membuat kedai di atas tanah syarat kediaman?

 

   Tidak boleh, kerana telah melanggar syarat dan boleh dikenakan tindakan samada di bawah Seksyen 127,128,129 Kanun Tanah Negara
   
 Q5

Apakah dimaksudkan dengan bahan batuan ?

  Bahan batuan ialah apa apa batuan, batu, granit,batu kapur, mamar, kelikir, pasir, bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah, lumpur, tanah rumput, gambur, karang,
cengkerang atau tahi kelawar, di dalam atau di atas mana mana tanah dan termasuk juga apa apa bata, kapur, simen atau lain lain komoditi yang dikilang darinya.
   
Q6 Apakah yang di ertikan dengan tanah kerajaan ?
 

Semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam
lingkungan wilayah negeri itu atau batas
perairan wilayah) selain dari:

a) Tanah Berimilik

b) Tanah Rizab

c) Tanah Lombong

d) Mana mana tanah yang di bawah peruntukan peruntukan mana mana undang undang yang berhubungan dengan hutan
(sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan akta ini)buat masa itu adalah hutan simpan.
   
Q7 Bolehkah jentera rampasan serbuan bahan batuan dilepaskan dengan kompaun? 
  Tidak boleh kerana kompaun adalah untuk kesalahan yang dilakukan oleh orang yang membawa jentera itu. Jentera rampasan hendaklah disita dan
hanya boleh dilepaskan dengan arahan Mahkamah sahaja.

Kemaskini pada 2014-11-21 09:32:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page