| Q1 | Bilakah lesen permohonan minuman keras untuk tahun semasa boleh diambil oleh pemohon? |
Lesen permohonan minuman keras bagi tahun semasa boleh diambil dalam masa 7 hari setelah urusetia menerima ulasan daripada setiap agensi. | |
| Q2 | Bilakah pemohon boleh memperbaharui lesen untuk tahun hadapan? |
| Lesen minuman keras boleh diperbaharui dengan menghantar borang permohonan bermula bulan Ogos pada setiap tahun. | |
| Q3 | Berapakah jumlah pembayaran jenis lesen minuman keras? |
Runcit = RM840.00 Borong = RM1,080.00 Rumah Awam 1 = RM2,640.00 (sehingga jam 12.00 tgh malam) Rumah Awam 2 = RM1,920.00 (sehingga jam 10.00 malam) Rumah Awam 3 = RM1,320.00 (sehingga jam 9.00 malam) | |
| Q4 | Dimanakah boleh didapati borang permohonan bagi memperbaharui dan membuat permohonan baru lesen minuman keras? |
| Borang permohonan bagi memperbaharui dan membuat permohonan lesen minuman keras boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau di portal PDTHL iaitu www.selangor.gov.my/hululangat | |
| Q5 | Bagaimanakah cara untuk membuat aduan? |
2 cara:
Boleh membuat aduan melalui emel di aduanpdthl@selangor.gov.my | |









