Perkhidmatan: Pinjaman/Kewangan
Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor
TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
<Maklumat lanjut boleh didapati di portal e-perkhidmatan gerbang mesra selangor: https://yayasanselangor.org.my/pinjaman-pelajaran-2/
SOALAN LAZIM

MAKLUMAT AM:
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
- Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita ( pendapatan ibu-bapa bahagi jumlah tanggungan ) kurang RM 3,000.00 Sebulan.
- Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
|
PERINGKAT PENGAJIAN
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
- Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / seluruh negara adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
|
PENAJAAN
- Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara layak memohon.
- Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
- Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
|
TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran ini adalah terbuka bagi pengajian peringkat Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan SEPENUH MASA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
|
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman Yayasan Selangor dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor apabila iklan tawaran dibuka.
- Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
- Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor
|
PANDUAN MENGISI BORANG PP1
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1
berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport
- Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan terang
menggunaan huruf besar.
- Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
- Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
- Surat beranak Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
- Kad pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
- Surat tawaran kursus peringkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertama
- Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
- Sijil SPM / SPMV / STPM / SIJIL / Diploma dan lain-lain Sijil yang berkaitan
- Slip / Penyata Yuran Pengajian
- Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun Akademik /Semester (Jika Berkenaan)
- Penyata gaji terakhir daripada majikan (Bagi Ibu / Bapa / Penjaga yang bekerja)
Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
BAHAGIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 17, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
WAKTU OPERASI PEJABAT:
8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG (ISNIN-KHAMIS)
8.30 PAGI HINGGA 12.15 TENGAH HARI / 2.45 PETANG HINGGA 4.30 PETANG (JUMAAT)
SABTU/AHAD DAN CUTI UMUM ADALAH DI TUTUP
TELEFON: 03-7669 1100 SAMB. 237/188/162
FAKSIMILI: 03-7954 1862 / 03-7954 1790
|
Kemaskini pada 2023-02-13 15:39:30 daripada Administrator