Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 3 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H | 09:47
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT

Peneraju Tadbir Urus yang efisien ke arah kesejahteraan rakyat
carian
w3c
bahasa
faq
contactys
maklumat
sitemap

Soalan Lazim Bahagian Pembangunan

Q1Apakah jenis permohonan baik pulih / penyelenggaraan infrastruktur yang boleh dipohon dari PDTHL?
 Permohonan baik pulih / penyelenggaraan infrastruktur yang boleh dipohon adalah melibatkan:
a) jalan kampung
b) longkang di kawasan MPKK
c) dewan / balairaya di bawah kendalian MPKK
d) infra asas tanah perkuburan di kawasan MPKK
e) lain2 infra awam dan sosial di kawasan MPKK
  
Q2Sekiranya terdapat aduan berhubung infrastruktur awam di Daerah Hulu Langat, apakah saluran yang ada?
 Sebarang aduan boleh dibuat di saluran berikut:
a) emel aduanpdthl@selangor.gov.my
b) Penghulu Mukim
c) Pengerusi MPKK
  
Q3Berapakah jumlah bilangan Mukim dan MPKK di Daerah Hulu Langat
 

a) Mukim Hulu Langat

b) Mukim Kajang

c) Mukim Semenyih

d) Mukim Beranang

e) Mukim Cheras

f) Mukim Ampang I

g) Mukim Ampang II

  
 Q4Apakah jenis bantuan yang boleh didapati oleh pengusaha IKS dan para peniaga kecil-kecilan?
 

Kerajaan negeri menyediakan Bantuan Blueprint pembasmian Kemiskinan berbentuk peralatan dan mesin bagi pengusaha kecil berpendapatan rendah di mana pengusaha boleh memohon dan mendapatkan borang bantuan di Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau Kompleks Penghulu Mukim.

  
 Q5Apakah Pejabat Daerah menyediakan bantuan kepada usahawan-usahawan di dalam daerah yang ingin meningkatkan perniagaan.
 Kerajaan negeri menyediakan bantuan Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) berbentuk peralatan dan mesin bagi usahawan-usahawan dan boring permohonan bantuan boleh didapati di Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau Kompleks Penghulu Mukim
  
Q6Apakah jenis bantuan rumah kerajaan prihatin yang disediakan oleh kerajaan negeri?
 

Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin merupakan bantuan untuk membantu rakyat Selangor yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

 

  1. Bantuan Bina Baru

3 bilik 1 tandas keluasan 660 kaki persegi

            2 bilik 1 tandas keluasan 60 kaki persegi 

 

  1. Bantuan Baik Pulih bagi bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos tidak melebihi RM20,000.00

 

Penerima bantuan tidak perlu membayar apa-apa bayaran


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah