Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Ahad, 1 Mac 2026 | 11 Ramadhan 1447H | 08:09
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT

Peneraju Tadbir Urus yang efisien ke arah kesejahteraan rakyat
carian
w3c
bahasa
faq
contactys
maklumat
sitemap

Soalan Lazim Unit Pendaftaran

Q1Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?
 Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian
Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari
Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
  
Q2Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?
 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am).
  
Q3Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?
 Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.
  
 

Berapa lama tempoh kaveat persendirian atas tanah berkuatkuasa?

 Tempoh kuatkuasa kaveat persendirian atas tanah adalah 6 tahun
  
Q4Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim?
 HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula
ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah.
  
 Q5Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?
 18 tahun ke atas.
  
Q6Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?
 Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat
perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.
  
Q7Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang
bukan Melayu?
 Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu,
maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.
  
Q8Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut?
 Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan ( tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam
tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.
  
Q9Kenapa alamat pada geran Hakmilik Kekal tidak sama dengan bil hasil tanah?
 Kerana sistem yang digunakan di Unit Pendaftaran (geran) dan Unit Hasil (bil hasil tanah) adalah berbeza. Sekiranya berlaku, mohon pemilik untuk
membuat semakan dan mengemaskini alamat terkini pada kedua - dua unit berkenaan.
  
Q10Berapa lamakah proses yang diambil untuk penukaran hakmilik sementara kepada
hakmilik kekal?
 Proses keseluruhan mengambil masa antara 1 - 3 bulan bergantung kepada Pelan Akui oleh JUPEM, dan perbezaan
keluasan (perbezaan <5% - terus proses, perbezaan > 5%  tetapi  <20% - kuasa dibawah Pentadbir Tanah, perbezaan > 20% - kuasa Kerajaan Negeri).
 
  
Q11Kenapa geran HS(D) / Pajakan Negeri / Geran tidak boleh disemak di peringkat
daerah?
 Hakmilik tersebut dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri dan sistem di daerah tidak boleh menembusi sistem di Pejabat Tanah Galian Selangor
  
Q12Kenapa perlu ada bayaran RM20 yang dikenakan semasa kutipan hakmilik kekal?
 Bayaran RM20 adalah untuk bayaran menyampaikan notis kutipan.
  
Q13Berapa lamakah endosan hakmilik strata siap didaftarkan?
 Tempoh endosan Hakmilik Strata adalah selama 3 - 6 bulan.
  
Q14Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap perserahan Hakmilik Strata?
 Bayaran yang dikenakan adalah sama dengan Hakmilik Persendirian kecuali bagi pembeli pertama diskaun sebanyak 20% akan diberi.
  
Q15Bagaimanakah pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendak membuat
pembayaran cukai tanah?
 Pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendaklah membuat pembayaran cukai tanah kepada pemaju / perbadanan pengurusan.
  
Q16Jika pemaju tersebut diisytiharkan bankrup, bagaimanakah pembeli hendak menuntut
geran hakmilik strata?
 Jika pemaju diisytiharkan bankrup, pembeli / pemilik boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi.

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah