PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMILIK TANAH
1) Cukai tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan sebelum 1 Jun akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut. Mana-mana denda lewat yang tidak dijelaskan selepas 1 Jun pada tahun semasa, ianya akan menjadi tunggakan pada tahun berikutnya. Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat adalah seperti jadual berikut:
Cukai Perlu Dibayar |
Kadar Denda Lewat |
RM10.00 dan kurang |
RM1.00 |
RM10.01 - RM50.00 |
RM2.00 |
RM50.01 - RM100.00 |
RM5.00 |
Melebihi RM100.01 |
7% daripda jumlah cukai |
2) Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah di atas nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR dan dipalang “AKAUN PENERIMA SAHAJA" Sila catitkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf. Pembayaran juga diterima melalui Kad Kredit/Debit. Pembayaran ini hanya boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah di Selangor sahaja.
3) Bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah Selangor pada waktu berikut:
Isnin hingga Khamis |
8.30 pagi hingga 3.30 petang |
Jumaat |
8.30 pagi hingga 11.45 pagi |
2.45 petang hingga 3.30 petang |
4) Bayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan perbankan internet seperti:
a) CIMB
b) MBF Cards
c) RHB
d) Pos Online
e) Ambank
f) Maybank2u
g) BIMB
h) HSBC
5) Bayaran secara tunai sahaja boleh dibuat di kaunter-kaunter seperti berikut:
a) Kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor
b) Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Kemaskini pada 2025-01-20 12:20:53 daripada Administrator