Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Soalan Lazim Bahgian Khidmat Pengurusan

Q1 Bilakah lesen permohonan minuman keras untuk tahun semasa boleh diambil oleh pemohon?
 

Lesen permohonan minuman keras bagi tahun semasa boleh diambil dalam masa 7 hari setelah urusetia menerima ulasan daripada setiap agensi.

   
Q2 Bilakah pemohon boleh memperbaharui lesen untuk tahun hadapan?
  Lesen minuman keras boleh diperbaharui dengan menghantar borang permohonan bermula bulan Ogos pada setiap tahun.
   
Q3 Berapakah jumlah pembayaran jenis lesen minuman keras?
 

Runcit = RM840.00

Borong = RM1,080.00

Rumah Awam 1 = RM2,640.00 (sehingga jam 12.00 tgh malam)

Rumah Awam 2 = RM1,920.00 (sehingga jam 10.00 malam)

Rumah Awam 3 = RM1,320.00 (sehingga jam 9.00 malam)

Q4 Dimanakah boleh didapati borang permohonan bagi memperbaharui dan membuat permohonan  baru lesen minuman keras?
  Borang permohonan bagi memperbaharui dan membuat permohonan lesen minuman keras boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat atau di portal PDTHL iaitu www.selangor.gov.my/hululangat
   
Q5 Bagaimanakah cara untuk membuat aduan?
 

2 cara:

  • Boleh hadir ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat dan berjumpa dengan petugas aduan.
Boleh membuat aduan melalui emel di aduanpdthl@selangor.gov.my
   

 


Kemaskini pada 2021-09-03 10:49:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page