Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

Soalan Lazim Unit Pelupusan Tanah

Q1 Bagaimana saya hendak membuat permohonan pemberimilikan Tanah Kerajaan?
  Permohonan boleh dibuat melalui pengemukaan Borang Jadual 1 yang lengkap melalui Dropbox Unit Pelupusan Tanah atau serahan tangan dengan tertakluk ketetapan Janji Temu yang dipohon.  Borang tersebut boleh dibeli di kaunter Unit Pelupusan pada harga RM50.00
   
Q2

Berapa lama tempoh masa untuk mendapat kelulusan permohonan Tanah?

  Proses di Unit Pelupusan Tanah mengambil masa 8 bulan sebelum dikemukakan  kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk dibawa kepada pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.  Kelulusan bagi permohonan biasa boleh mengambil masa sehingga 12 bulan manakala permohonan bermasalah akan memakan masa yang lebih lama.
   
Q3 Bagaimanakah saya ingin membuat semakan status permohonan di bawah Seksyen 76 KTN, 90A KTN dan Hakmilik Muktamad?
  Semakan status permohonan boleh dibuat melalui emel `pelupusan tanahpdthl@gmail.com’ dengan menyatakan rujukan fail permohonan atau melalui telefon 03-89251992 sambungan 3430
   
Q4

Sekiranya penama dalam hakmilik telah meninggal dunia, bolehkah proses lanjut tempoh pajakan tanah dibuat?

 

Pemohon perlu menyelesaikan urusan Pesaka terlebih dahulu.

   
Q5

Mengapa saya perlu melantik Juru Ukur Berlesen untuk mengemukakan permohonan di Unit Pelupusan Tanah?

 

Unit Pelupusan Tanah mensyaratkan pengemukaan Pelan Pra-Hitung oleh Juru Ukur Tanah Berlesen (JUB) bagi memastikan tapak yang diusahakan mengikut keluasan yang tepat dan mengelakkan pertindihan serta isu-isu lain yang mungkin timbul akibat penggunaan pelan lakar.

   

 


Kemaskini pada 2021-09-05 10:33:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page