PUSAT KOMUNITI I.T. (PKIT)
PKIT adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mewujudkaninfrastruktur ICT di seluruh tempat di dalam Negeri ini. Tujuan penubuhan PKIT adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang teknologi maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastruktur-infrastruktur seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat mengurangkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar bandar. Adalah diharapkan dengan program-program yang telah dirancang di PKIT tersebut, akan menghilangkan fobia terhadap komputer dikalangan masyarakat.
Sebuah PKIT akan menempatkan sekurang-kurangnya tujuh (7) buah komputer peribadi, sebuah pengimbas (scanner) dan dua (2) buah pencetak (printer). Selain itu kemudahan capaian kepada internet juga diberi, untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitannya. Disetiap lokasi PKIT, terdapat seorang penyelia yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti PKIT tersebut. Di sini, peserta atau ahli akan diajar dan didedahkan mengenai komputer dan persekitaran ICT.
Spesifikasi asas di dalam PKIT : 7 buah komputer, 2 buah pencetak, sebuah pengimbas dan kemudahan capaian kepada internet.
Dengan wujudnya sebuah komuniti yang mempunyai pendedahan dan keyakinan terhadap ICT, maka secara tidak langsung usaha Kerajaan untuk mewujudkan E-Government, E-Business dan E-Community akan berhasil.
Sehingga Jun 2007, sebanyak 84 buah PKIT telah siap dan beroperasi di seluruh Negeri Selangor.
SENARAI PKIT
(Sehingga Jun 2007)
(A) PKIT DI BAWAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH 1. Pusat Belia, Kg. Belia 1, Sg. Panjang 2. Balai raya Parit 13,Sg. Panjang 3. Balai raya Parit 8, Sg. Panjang 4. Balai raya Taliair 2 Ban 3, Sg. Burong 5. Kg. Kunci Air Buang, Sg. Burong 6. Kg Assam Jawa, Kuala Selangor 7. Kg. Soeharto, Dun Hulu Bernam 8. Balai raya Selayang Pandang 9. Balai raya Penghulu Mukim Batu 10. Balai Penghulu Mukim Hulu Kelang 11. Dewan Orang Ramai Kg. Gombak Utara 12. Bangunan KEMAS, Taman Medan 13. Pejabat Yayasan Pendidikan Serdang 14. Kg. Orang Asli Desa Temuan, Dun Bkt. Lanjan 15. Pusat Sumber Kg. Jawa 16. Dewan Kg. Sg. Tekali 17. Pejabat Penghulu Beranang 18. Kg. Baru Sg. Chua, Kajang 19. Bangunan JKKK Kg. Kuantan 20. Balai JKKK,Kg. Jalan Kebun 21. Dewan Orang Ramai Bt.3, Dun Sementa 22. Balai JKKK Meru, Klang 23. Balai JKKK Pulau Indah, Pelabuhan Klang 24. Pulau Ketam 25. Bilik Gerakan JKKK Kanchong Darat 26. Pusat Cyber Bestari, Telok Datuk 27. Pejabat Wakil Rakyat Batu Laut 28. Tg. Sepat, Kg. Endah 29. Balai JKKK Kg. Olak Lempit, Kuala Langat 30. Balai JKKK Kg. Sg. Merab 31. Kg. Ahmad Razali 32. Desa Putra |
(B) PKIT DI BAWAH PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR 33. Perpustakaan Cawangan Klang 34. Perpustakaan Desa Sijangkang,Kuala Langat 35. Perpustakaan Sg. Pelek, Sepang 36. Perpustakaan Desa Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam 37. Perpustakaan Desa Taman Muhibbah, Pekan Sabak 38. Perpustakaan Bagan Terap, Sabak Bernam 39. Perpustakaan Cawangan Sg. Besar,Sabak Bernam 40. Perpustakaan Awam,Dewan Sri Sekinchan,Sabak Bernam. 41. Perpustakaan Desa Kerling, Hulu Selangor 42. Perpustakaan Desa Ijok, Kuala Selangor 43. Perpustakaan Sg. Choh, Kuala Selangor 44. Perpustakaan Desa Simpang Lima 45. Perpustakaan Cawangan Kajang |
(C) PKIT DI BAWAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN 46. Balai Raya MPSJ, Kawasan 5, Kg. Sri Kembangan (MPSJ) 47. Dewan Masyarakat Kg. Tengah,Subang Jaya (MPSJ) 48. Dewan Orang Ramai Bt.3, Subang Jaya (MPSJ) 49. Sebelah Balai Raya MPPJ, Bkt. Gasing (MPPJ) 50. Dewan Masyarakat Kelana Jaya (MPPJ) 51. Dewan Serbaguna Sg. Way,SS 9A/1,Seri Setia (MPPJ) 52. Gelanggang Squash, Taman Megah (MPPJ) 53. Stadium MPS (MPS) 54. Balai Penghulu Mukim Batu Sg. Tua (MPS) 55. Kg. Sri Kundang, Gombak (MPS) 56. Kg. Bendahara (MPS) 57. Dewan JKKK Kuala Ampang, Lot Padang Awam (MPAJ) 58. Dewan AU5, Keramat, Hulu Kelang (MPAJ) 59. Dewan Dato’ Mad Aris, Kg. Pandan Dalam (MPAJ) 60. Dewan Dato’ Tahir Karim, Kg. Melayu Ampang (MPAJ) 61. Kompleks MPK, Pelabuhan Klang (MPK) |
(D) PROJEK PUSAT KOMUNITI IT PERSEKUTUAN DI SELANGOR |
Sumber :
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Selangor
E-mel : solihin@selangor.gov.my
Kemaskini pada 2018-01-15 11:21:56 daripada Administrator